CARA MENGGORENG IKAN PEKASAM SUPAYA LEBIH SEDAP BILA DIMAKAN

 CARA MENGGORENG IKAN PEKASAM SUPAYA LEBIH SEDAP BILA DIMAKAN


Kita ikuti dulu bagaimana cara membuat ikan pekasam.

CARA MEMBUAT IKAN PEKASAM

Bahan-bahan :-

Ikan – Biasanya orang buat ikan pekasam menggunakan ikan air tawar. Tapi tak ada 

masalah kalau phendak guna ikan laut seperti ikan gelama. Ikan itu mestilah dibersihkan dengan sebersih-bersihnya. Perut ikan mesti dicuci sampai bersih untuk mengelakkan ikan mudah di hurungi lalat selain menjaga kebersihan makanan kita.

Garam – Seratus gram garam untuk sekilo ikan.

Beras – Disanga terlebih dahulu (goreng tanpa guna minyak) dan tumbuk sampai sederhana lumat.

Asam keping – Ada juga orang yang tidak letak asam jawa atau asam keping. Sebabnya, beras yang kita letak pada ikan itu sebenarnya pun sudah memasamkan ikan melalui cara penapaian. Terpulang pada anda.

Cara-caranya :-

Setelah ikan siap dibersihkan, masukkan garam anggaran seratus gram garam untuk sekilo ikan. Masukkan ke dalam bekas dan tutup bekas itu. Simpan di dalam peti ais semalaman. 

Kemudian ambil beras yang sudah disanga dan ditumbuk itu lalu gaulkan dengan ikan yang sudah disimpan tadi. Lagi banyak beras lagi nampak menarik. Sebabnya, nanti bila digoreng, beras inilah yang akan menjadi serbuk pekasam itu. 

Tinggalkan sedikit beras untuk tuang di atas ikan yang telah siap disusun nanti.

Cari bekas yang bertutup sangat rapat. 

Susun ikan tadi ke dalam bekas, setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping.

Masukkan air garam yang telah dimasak di atas api sederhana dan dibiarkan sejuk ke dalam bekas ikan tadi sehingga kesemua ikan tadi terendam.

Tuang beras lebihan yang telah ditumbuk tadi ke dalam bekas ikan.

Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. 

Letak plastik dekat bawah penutup supaya betul-betul ketat. 

Ikan pekasam boleh dimasak selepas 2-3 minggu.

*CARA MENGGORENG IKAN PEKASAM*

Bahan-bahan :-

1 ekor ikan pekasam

1 biji bawang besar

1 biji cili merah - hiris nipis

(nak guna cili padi atau cili kering pun boleh juga)

2 biji limau kasturi

Cara-caranya :-

Panaskan minyak dalam kuali.

Goreng ikan pekasam hingga masak. 

Angkat dan ketepikan.

Dengan menggunakan minyak yang sama, 

goreng cili merah dan bawang besar. 

Kacau sentiasa hingga bawang dan cili layu.

Angkat bawang dan cili dan taburkan di atas 

ikan pekasam tadi.

Perah limau kasturi dan sedia untuk dinikmati.

sumber:

Resepi Masakan

Catat Ulasan

0 Ulasan