Gulai Nasi Berlauk Kelantan Terkenal Ketika Sarapan Sebab Itu Ramai Minta Resepi
Gulai Nasi Berlauk Kelantan style.kat kelantan lauk ni famous waktu sarapan...sis duduk selangor buat lauk tengahari pun ok je...
Ikan tongkol....rebus dulu letak air paras ikan sahaja..nnti air ikan akan keluar...masuk asam keping & garam...masak hingga air tinggal separuh
Bahan2 blend...bawang besar,bawang putih,lengkuas,cili kering,cili api,kunyit (tak de kunyit hidup saya pakai kunyit serbuk je)
Santan,cili api hijau & merah,telur rebus,kacang panjang,timun..(saya celur asing kacang panjang & timun,masukkan last sekali bila gulainya dah masak)
Masukkan santan & bahan2 yang sudah di blend dalam periuk....masak dengan api sederhana sehingga pecah minyak...sentiasa kacau supaya santan tidak berketul...
bila kuah dah menggelegak masukkan ikan bersama kuah ikan yang telah kita rebus tadi.boleh perasakan dengan garam & gula...masukkan telur...last sekali masukkan kacang panjang,timun & cili api....tunggu seketika boleh tutup api...
Sambal nasi berlauk....cili besar merah,cili api,limau kasturi,cuka,garam & gula
Credit : Rose Mawar Merah
0 Ulasan