Asam Laksa Cina Dan Laksa Penang,Serupa Tapi Tak Sama.Lihat Perbezaan Resepinya

Asam Laksa Cina Dan Laksa Penang,Serupa Tapi Tak Sama.Lihat Perbezaan Resepinya

Asam laksa cina ni sifat dia masam,manis,pedas.Dia lain dengan rasa kuah laksa penang walau nak sama rupa.


Bahan-bahannya:
3 liter air
1 kilogram ikan sardin/kembung/selayang
1 tin sardin Ayam Brand ( 425 gram )-kuah tak ambil.
5 senduk cili kisar
3 sudu makan asam jawa
8 keping asam keping gred elok ( jika gunakan yang murah dalam 12-13 keping )
5 tangkai daun kesum
3 batang bunga kantan
2 tangkai daun pudina
Gula melaka/gula merah hancur secukupnya
Garam dan serbuk perasa

P/s : Boleh masukkan petis udang 1/2 botol kecil kalau mahu. Yang kali ni Ben tak letak.

Bahan Kisar :
100 gram bawang merah besar India
25 gram belacan
13 tangkai cili padi hijau
1 batang serai saiz sederhana
300 gram nanas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas

Ulam Asam Laksa Cina :
Daun salad
Bawang merah besar India
Asam limau kasturi
Telur rebus
Timun
Cili Padi
Daun Pudina

Cara Buat Resepi Asam Laksa Cina :
#1: Rebus ikan ,Boleh rebus telur sementara tunggu ikan siap.Kisar bahan kisar dan hiris ulam-ulaman.Sukat dan sediakan 3 liter air untuk pelbagai
kegunaan.Bila ikan rebus dah masak dan sejuk,asingkan isi ikan dengan tulang ikan.Kisar dengan guna air yang disukat dan masukkan dalam bekas asing. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang.

#2: Dalam periuk, masukkan baki stok air tadi ke dalam periuk besar,isi ikan kisar,air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar,cili kisar,asam keping,air asam jawa,belahan bunga kantan,daun kesum,daun pudina.Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat.Masa diambil dalam 20-30 minit untuk kuah mendidih.

#3: Tambah gula Melaka hancur ,garam serta serbuk perasa.Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam,pedas kuah. Separuh isi ikan sardin Ayam Brand yang siap dibasuh seketika tadi dilenyek kasar dan dimasukkan dalam kuah.Separuh lagi untuk dihidangkan bersama asam laksa cina nanti.
#4: Bila dah tutup api, terus


Credit to Ben Safwan

Catat Ulasan

0 Ulasan