Resepi Begedil Popia Cili kicap.Mudah Dibuat Sedap Di Makan

Resepi Begedil Popia Cili kicap.Mudah Dibuat Sedap Di Makan
Popia bergedil sangat viral serang,apatah lagi rasanya yang sangat lazat.Sangat sesuai dijadikan juadah untuk minum petang.

Bahan-bahannya:
Kentang 5biji - Goreng/lenyek
Cili Besar Merah 1biji - Hiris halus
Daun Bawang Secekak - Hiris halus
Bawang Goreng Sesenduk
Daging Lembu Kisar * Buh sedap.Takde takpe
Serbuk Lada Putih
Perasa
* Gaul semua bahan diatas.Bebolakan atau bentukkan panjang. Ikut suka.
Cili Kicap Pedas Gills

Cili Api Vietnam 10biji
Cili Api Hijau 10biji
Bawang besar sebelah
Bawang putih 3ulas
Kicap pekat
Kicap cair
Perasa
Air sikit

Caranya
* Goreng semua. Biar sejuk sikit, masuk blender semua bahan. Masukkan perasa, air sikit,kicap pekat dan kicap cair, gula ikut kesesuaian/kemampuan pedas atau tak dan perahan limau sikit.
** Nak tahan lama mesti masak sekejap atas dapur api kecil dalam 10minit. Simpan peti tahan seminggu atau lebih.
Cara Gulung & Goreng
Kulit Popia
Air masak *agen pelekat/gam.
* Sehelai kulit popia, lipatan pertama lipat 1 besar. Sebelah lagi lipat sikit sahaja.Bubuh begedil, dan isikan air dihujung lipatan sebagai agent pelekat. Dan boleh gulung.

sumber foto :Mimi Azirah

* Bancuh telur 3biji + tepung jagung sesudu + perasa. Kacau rata. Panaskan api, celup Bergedil Popia dan goreng kekuningan.
* Siap!

Kredit: Ana Kefli

Catat Ulasan

0 Ulasan