Harini Naa share kan resepi woh puk sambal ikan ganu kiterrr .Rangup kat luor, lembut kat dalam. Inti sambal ikan cukup rasa masin, masam manizzz.
Resepi asal Naa ambik dari kak comel Suri Sufi
Try laa awok2, Yang fenting InsyaAllah dok netup macam bom
1 adunan dapat 40bijik. Cepatttttt Intai resepi kat setiap gambar yeee!
1 bungkus Tepung pulut
Setengah gelas tepung beras
Setengah gelas tepung gandum
Campurkan sekali tepung 3 jenis tadi
masukkan 2 cubit kelapa parut untuk bagi rasa lemak
, tapi Naa takdok kelapa... Naa letak 3 sudu besar
santan
tapi Kene letok juga kelapa parut..kalau tidak ianya tak rangup..dan cepat pecah bila di goreng
Uli bersama Air suam yang dicampur dgn 1 senduk gula (Naa guna senduk nasi).. Air suam naa letak dalam 2 gelas lebih sikit je. Pndai pndai laa agak masa uli tu
Naa sukat 2 gelas lebih tu dalam 450 ml
Uli jeeee sampai sebati dan sampai doh tak melekat kat tangan... Bila jadi kenyal gitu peram sampai 1jam.
Ni untuk sambal ikan
1 kilo ikan selayang di kukus pastu asingkan tulang ikan... Hancurkan isi ikan tadi.
Haaa ni isi ikan tadi campur dengan 1 Kotak santan + bawang merah 5 biji, halia sebesar ibu jari dihiris, asam keping.
Masak hingga sambal kering yeee. Api jangan besar nanti hangit. Sentiasa kacau ye.
Perasakan dengan garam, gula. Biar cukup rasa masam, manis, masin
Lepas tu tunggu apa lagi, letak inti sambal tadi...sambil buat bebola ni, Jangan lupa tambah perasa selawat, zikir sekali tau
Bulatkan cengini okeh! Buat laa saiz ikut suka besar mana. Naa buat saiz bola pingpong dapat laa 40 biji
Goreng dalam minyak yang betul betul panas... Api sederhana sahaja okaii
Hurrmm..tunggu apa lagi..jom buat sekarang
Boleh juga di buat untuk minum petang nanti
Kredit : Husna Najeehah
0 Ulasan