RESEPI SAMBAL DENDENG DAGING CILI MERAH,KITA BUAT SAMPAI JADI

RESEPI SAMBAL DENDENG DAGING CILI MERAH,KITA BUAT SAMPAI JADI


Terhasilmya resepi ini adalah disebabkan saya suka makan dendeng tapi dendeng yang saya selalu jumpa sekarang terlalu keras dan garing.

Kadang kadang bila gigit daging dendeng tu tercucuk pula gusi, aduhhhhhhh..

Jadi saya pun balik rumah, keesokkannya terus buat ikut selera saya. Terus menjadi dan sedap sangat sangat

Sampaikan kini saya dan sekeluarga lebih suka makan dendeng daging yang dimasak macam ini.

Cuba try masak dan rasa....insyaallah anda jua pasti sukakkannya.


Bahan kisar kasar:( atau tumbuk kasar)
- 12 biji cili kering
- 15 biji cili merah
JIKA SUKA PEDAS BOLEH CAMPUR 6 biji cili padi merah
-bawang putih 6 ulas
Bawang merah 15 ulas
- 3 biji tomato yang besar
belacan 1 inci
- 1 keping asam gelugur
- 1 cawan minyak goreng
-garam
-Gula merah/ putih-2 sudu
1 kiub ayam/daging

Daging 1 kg dipotong sederhana nipis dan besar besar.
Direbus dengan air yang sedikit sampai masak.
Keluarkan daging dan tumbuk satu persatu agar ianya menipis tapi jangan relaikan atau dihancurkan.( sekadar untuk nipis sederhana sahaja- jangan terlalu nipis sebab nanti bila digoreng ia akan jadi keras.
Selepas ditumbuk daging- gaul dengan serbuk kunyit dan digoreng sederhana garing.angkat.ketepikan.

Cara membuatnya :

Masukkan minyak kedalam kuali- panaskan- masukkan bahan kisar- kacau selama 10 minit-masukkan garam ,kiub daging/ayam
Gula dan asam gelugur/1 biji air limau nipis.

Masukkan daging yang telah siap digoreng tadi.

Goreng sampai bewarna merah cantik dan kuahnya sedikit kekeringan.( bagi basah basah sikit ).

Dah siap....sangat menyelerakan.
Jika suka anda boleh ganti dengan ayam. Cara buat adalah sama.

#pastinya lebihan daging dalam peti ais sempena syawal ni masih adakan?
Boleh juga kita cuba masak resepi terbaru dari Puan Ida Shahida ni

sumber:Ida Shahida

Catat Ulasan

0 Ulasan