Rahsia Resepi Set Nasi Tomato Yang Sedap,Hanya Guna Bahan Asas

Rahsia Resepi Set Nasi Tomato  Yang Sedap,Hanya Guna Bahan Asas
Walaupun berkali mencuba, ada waktunya kita masih tercari-cari resipi nasi tomato dan ayam masak merah yang bukan hanya sedap bahkan cara membuatnya juga cukup mudah.
Sebelum ini saya tidak pernah cuba memasaknya namun anak saya memang pakar dalam memasak hidangan ini.

Resipi set Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah yang dikongsikan oleh Nur Aisyah ini paling mudah untuk dicuba. Malah resipinya juga ringkas dan menggunakan bahan asas sahaja. Namun rasanya cukup enak. Nak tahu macam mana rasanya, jom kita cuba!



 NASI TOMATO (Untuk hidangan 3 – 4 orang)



Bahan Nasi :
3 pot beras
1 labu bwg Merah
3 ulas bwg putih
1 ketul kiub pati ayam
1 cm halia
2 sb planta/marjerin untuk menumis
2 kuntum bunga lawang
1 kulit kayu manis
1 biji tomato (buah) / 2sb Tomato Puree
5 sb sos tomato (sekiranya tak guna Tomato Puree baru tambah yang ni yer, nanti masam pulak)
1 st Garam/secukup rasa

Bahan Ayam (Masak Merah) :

1/2 Ekor Ayam
1 labu Bwg Merah
3 ulas Bwg Putih
1 cm Halia
1 btg Serai (dititik)
1/2 Kiub Pati Ayam
2 senduk Cili Giling
3 sb Gula
1 st Garam + Secukup Rasa
1 labu Bwg Holland

Cara Masak Nasi :



Beras basuh bersih & tos (Masuk 1/3 cawan air & masak macam biasa dalam rice cooker).

Blend bawang merah, bawang putih dengan kiub pati ayam dan juga halia. Panaskan marjerin dan tambahkan sedikit minyak masak kalau nak.

Tumis bahan blend bersama bunga lawang, kulit kayu manis sehingga naik bau.

Blend tomato dengan sedikit air. Tapis dan masukkan ke dalam bahan tumis. (Boleh guna puree dan sedikit ) bersama sos tomato. (Kalau guna buah tomato baru letak sos tomato ye, kalau guna tomato puree, tak perlu sos tomato, nanti terlebih masam.

Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi, garam dan air secukupnya. Kacau sebati. Masak seperti biasa sehingga masak. (Air agak-agak seperti masak nasi biasa, kalau bahan tumis dah letak banyak air, tak perlu tambah air ye)



Cara Masak Ayam :
Blend bawang merah, bawang putih dan halia kemudian tumiskan. Masukkan serai.

Masukkan kiub pati ayam, cili kisar, gula, garam dan perasa.

Selepas 15 minit, masukkan ayam (boleh gorengkan dahulu separuh masak jika suka). Kacau sebati, tutup kuali guna penutup periuk & biarkan selama setengah jam sambil pantau & kacau-kacau seketika.

Bila dah hampir masak, masukkan bawang holland yang dah dipotong bulat. Biarkan dengan api perlahan 5-10 minit. Siap.



Untuk Acar:

1/2 Timun
1/2 Carrot
1 ulas Bwg Merah
1 biji Lada Merah
4-5sb Cuka Makan
3 sb Gula
1/2st Garam
Sedikit air suam-suam panas



*** Potong ikut suka, campur semua, masuk dalam bekas tutup dan goncang sebati. Biar setengah jam. Siap.

sumber:Nur Aisyah

Catat Ulasan

0 Ulasan