Aiskrim Viral Versi Magnum.

Aiskrim Viral Versi Magnum..

Aiskrim vanila tu guna resepi aiskrim oreo mcflurry yang nina pernah share sebelum ni..
Aiskrim ala Magnum
2cawan whipping krim(dairy)
*nina guna whipping krim aiskrim lagi gebu lagi putih nak guna susu cair@susu fullcream pun boleh je
1/2cawan susu pekat
1sudu kecil ovellate
Sedikit esen vanila
*campurkan kesemua bahan mix@blender hingga kembang gebu(nina pakai blender je)mix@blender hingga adunan kembang 2kali ganda
350gm coklat masakan@dark chocolate apa apa brand pun boleh je(nina guna yang timbang kilo je lebihan buat almond london)*double boilkan hingga cair bila dah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam plastik aiskrim dan ratakan
*agak agak je tak nipis sangat tak tebal sangat
*tuang adunan aiskrim dan bekukan 5,6jam@semalaman

***salutan coklat tu tak perlu mengeras kalau dah mengeras dia tak bersalut dengan ais krim
***nak lagi senang buat pendek2 je.. Nina potong sikit plastik aiskrim tu***adunan aiskrim dan coklat tu tak bercampur eh jangan risau kalau guna resepi yang ni adunan aiskrim tu likat boleh tuang macam biasa je
***coklat tu pekat bila ratakan dalam plastik,coklat akan lekat kat keliling plastik jadi bahagian tengah2 tu automatik kosong sebab tu boleh tuang aiskrim bahagian tengah


Kredit raja amanina dan siti zubaidah mohd ruslan

Catat Ulasan

0 Ulasan