Daging goreng kunyit cara saya
Sape suka mcm ni? Basah² sikit
Bukan daging korban, saya guna daging dari pasaraya je.
Cubalah..memang sedapBukan daging korban, saya guna daging dari pasaraya je.
1. Daging hiris ikut suka
2.kacang panjang hiris
3. Bawang holland hiris
4. Cili hiris
👉 Sediakan periuk @ kuali. Letak daging. Hidup kan api. Biar air daging keluar. Masukkan sos tiram & serbuk kunyit.
👉 Masak smpai empuk. Tambah air jika perlu. Kacau² biar semua sebati & lembut serata.
👉 Bila daging dah lembut, air dah kering & tinggal sikit, dia akan terbit minyak dari lemak² daging tu. Kalau nak tambah minyak silakan.
Terpulang. Kalau saya memang tak tambah dah sebab tak suka daging jadi garing.
👉 Masukkan bawang & kacang panjang. Gaul sebati. Bila bawang dah layu. Masukkan cili.
👉 Kalau saya, tak perlu garam dah sebab dah guna sos tiram. Rasa lah ye, kalau perlu garam & gula sila tambah.
Nota : saya doakan sesapa yang nampak post ni sentiasa diberi rezeki kesihatan, rezeki anak², mudah dapat kerja, hidupnya sentiasa tenang, bahagia dan bebas dari hasad dengki
Kredit Resepi : dani shoppe’s
0 Ulasan