Nasi Kerabu Kelantan Lengkap Dengan Sambal Tumis
Nasi kerabu memang sinonim dengan negeri kelahiran ku, negeri Che Siti Wan Kembang yang dikenali sebagai Serambi Mekah. Ada 2 jenis nasi kerabu disediakan di Kelantan.
Yang biasa adalah nasi kerabu putih yang dimakan lengkap dengan kuah tumis. Susunan hidangan nasi kerabu yang biasa adalah dimulai dengan nasi, ulam, sambal kelapa, kuah tumis dan budu.
.
Ada pula versi biru, yang tidak dimakan dengan kuah tumis, sebaliknya hanya dimakan dengan ulam, sambal kelapa dan sambal cili. Di atasnya, diramaskan beberapa keping keropok goreng dan dimakan dengan daging bakar atau telur masin.
Ini kira versi baru sebab masa kecil, saya hanya makan versi nasi kerabu putih jer. Tak tau lah kat tempat lain.
.
jom kita cuba resepi nasi kerbau ni
Resepi ini diambil dari web Azie Kitchen
.
CARA PENYEDIAAN NASI :
Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.
.
CARA PENYEDIAAN KUAH TUMIS
- Bahan diperlukan:
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 biji bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 batang serai - ketuk
1 keping asam keping
2 sudu besar gula
Sedikit gula melaka
2 sudu besar budu
Garam (kena rasa masin dulu)
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 biji bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 batang serai - ketuk
1 keping asam keping
2 sudu besar gula
Sedikit gula melaka
2 sudu besar budu
Garam (kena rasa masin dulu)
.
Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak.
Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.
.
CARA PENYEDIAAN SAMBAL KELAPA
1 ekor ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula
Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.
.
CARA PENYEDIAAN ULAM ULAMAN
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh
Hiris halus kesemua ulam ulaman.
.
CARA PENYEDIAN SAMBAL CILI
Cili padi
Cuka
Garam
Gula
Cuka
Garam
Gula
Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis.
.
LAUK PAUK :
Telur masin
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
Daging goreng atau ayam goreng
Keropok atau keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk
Atau apa apa jer yang disukai
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
Daging goreng atau ayam goreng
Keropok atau keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk
Atau apa apa jer yang disukai
.
CARA MENGHIDANG
Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.
Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
Jika suka letakkan pulak sayuran seperti solok lada, bawang putih jeruk dan lain lain.
sumber:Azie Kitchen
sumber:Azie Kitchen
0 Ulasan