Tidak Sah Jika Ke Terengganu Tak Makan Kuih Bom Ikan,Jom Tengok Resepi

Tidak Sah Jika Ke Terengganu Tak Makan Kuih Bom Ikan,Jom Tengok Resepi
Kuih Bom Ikan @tepung paung

Resepinya

2 cawan tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum
sedikit garam
2 sudu kelapa parut/kering terpulang nak isi pun boleh tak isi pun boleh
1 cawan air - jangan curah sampai habis nanti lembik..agak2 kalau tak lekat kat tangan tu ok


caranya
dlm satu bekas, campurkan tpg pulut dan tpg gandum, kelapa parut/kering dan garam...sebatikan
kemudian curah air sedikit demi sedikit sehingga tak lekat kat tangan.. adunan ni tak keras dan tak lembik..mcm nak buat onde2.. tutup kejap adunan ni ngan kain tau plastik elak dia keras..

inti sambal ikan + kelapa
3 ekor ikan kembung
2 biji bwang besar (sederhana besar)*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 sudu kecil halba - nak letak boleh Taknak letak pun blh
1cawan santan cair
1 sudu lada hitam ditumbuk halus
garam, gula
1/2cawan kelapa parut -
kelapa parut digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan (api perlahan) ketepikan
ikan kembung dibuang perut dibersihkan dan direbus..air rebusan jangan dibuang .. kemudian ambil isi ikan sahaja

Kisar bahan bertanda sehingga hancur dan masukkan isi ikan tadi..kisar lagi..n tambah sikit air rebusan ikan tadi jika mesin tak le putar

kemudian menggunakan kuali.. panaskan 1 sudu minyak..masukkan bahan kisar tadi ..masukkan santan, lada hitam garam gula.masukkan kelapa tadi .. kemudian rasa dah ok.kacau sebati sehingga agak kering..siap

bulatkan2 doh sebesar kuih onde2/kuih melaka atau nak besar sikit pun boleh...leperkan diatas tpak tangan..kemudian taruk inti ikan..tutup balik dan bulatkan balik...buat sampai abis adunan..

lebihan serunding ikan ni bolehla di simpan freezer utk kegunaan akan dtg..nak buat pulut serunding ikan ke..nak buat nasi kerabu ke..nak buat pulut panggang ke dll

panaskan minyak dlm periuk /kuali ..minyak tu kalau boleh biarlah banyak mcm nak mcm cucur pisang tu... panaskan minyak..dah panas. nak tau minyak tu panas atau tidak..cuba letakkan sikit aje (secoet)adunan..kalau adunan tu terapung makanya minyak tu dah panas .tutup api/alihkan sebelah yang takde api ..biar sekejap dlm 2 minit..masukkan doh2 tersebut dlm minyak tadi..jgn dekat2 kan ye sbb ia melekat nanti..dlm 2 minit kemudian baru bukak api dapur/letak kat api ... buka api perlahan ye..

goreng dlm 3 minit api perlahan kacau2 la kuih tersebut... kemudian guna api kuat sikit goreng lagi supaya permukaan kuih bom agak2 kuning..angkat... kalau lama sangat nanti keras plak kuih ni..

Catat Ulasan

0 Ulasan