Resepi Pes Thai Chili @ Nam Prik Pao,,Di Jamin Halal
Kalau korang masuk ke dapur kedai Tom Yam kan, wajib jumpa pes tom yam yang ada gambar perempuan siam tu.
Kebanyakan restoran guna brand perempuan ni la sebab katanya masakan lagi sedap dan bila masak tom yam rasa dia betul² terangkat.
Sebenarnya boleh je nak buat sendiri. Tak susah pun. Dijamin halal lagi. Dalam bahasa Thai, pes ni kita sebut Nam Prik Pao.
Sesuai untuk masak tom yam, masak tumis udang dan sebagainya. Rasa dan aroma dia memang power lah bila dah masak.Jom semak resepi kat gambar.
Bahan-bahan
12 cili kering
2 sudu besar udang kering
12 ulas bwg putih
6 biji bwg merah
2 sudu pes asam jawa
1 sudu sos ikan
1 keping gula melaka
1/4 sudu belacan
1/4 cawan minyak masak
2 sudu besar udang kering
12 ulas bwg putih
6 biji bwg merah
2 sudu pes asam jawa
1 sudu sos ikan
1 keping gula melaka
1/4 sudu belacan
1/4 cawan minyak masak
Caranya:
Pilih cili kering yang hot n spicy. Pastu asingkan biji. Guna gunting je.
Pastu basuh dan terus sangai dalam kuali. Nak potong kecil² cili tu
dulu pun boleh. Sangai sampai naik bau.
Ini rupanya selepas disangai. Ada macam gelap² skit kira ok dah tu.
Jangan terhangit terhangus pulak.
Ok, ini bahan seterusnya. Bawang merah n putih, udang kering,
belacan, asam jawa, sos ikan dan gula melaka. Nak guna gula lain pun boleh.
Bawang putih dan merah dipotong dadu. Pastu korang sangai lagi sampai naik wangi. Tanpa minyak tau.
Next blend kering udang kering sampai halus macam ni.
Pastu korang masukkan kesemua sekali bahan² tadi ke dalam
chopper.
Pastu panaskan minyak dengan api betul² perlahan, sebab kita
nak goreng, tapi nak gaul sebati dengan minyak.
Jadi lah macam ni. Minyak dan bahan kisar tadi dah sebati. Ingat,
jangan terhangit pulak. Sejukkan dahulu sebelum diisi ke dalam
botol.
kredit resepi
Sumaiyah Abdullah
0 Ulasan