Resepi Nasi Maqlubah hidangan tradisional orang Arab

NASI MAQLUBAH
Nasi Maqlubah merupakan hidangan tradisional orang Arab di kawasan Syam seperti Syiria, Jordan, Palestine dan kemudian tersebar ke seluruh negara Arab.

Bahan-bahan:

1) 3 sudu besar REMPAH MAQLUBAH (ADA DALAM SET)
2) 400 gram beras ( ADA DALAM SET)
3) 1 ekor ayam ( boleh dipotong 4)
4) 2 biji bawang besar
5) 10 biji bawang putih
6) 7 biji terung
7) 2 biji kentang XL
8 - 1 btg cili hijau
9) 2biji tomato (lebih pun boleh)
10) 3 sudu besar minyak sapi
11) garam
Cara-cara
1) Rendam beras 15 minit, basuh dan toskan.
2) Goreng terung dan kentang (boleh tambah bunga kobis jika suka).
3) Hiris bawang besar, tomato (hiris bulat). Cili hijau tak dihiris.
4) Panaskan kuali, kemudian masukkan minyak sapi/minyak masak (miyak sapi lebih enak).
5) Goreng kayu manis, cengkih, pelaga, bawang putih, 1 biji bawang besar.
6) Masukkan ayam ke dalam kuali bersama bawang yang sedang digoreng tadi.
( AYAM BOLEH DIPOTONG 4 ATAU LEBIH UNTUK MEMUDAHKAN PROSES MENGGORENG)
7) Taburkan 1/2 daripada serbuk rempah nasi maqlubah ke dalam kuali. Biarkan sebentar kemudian balikkan ayam (untuk dapatkan stok ayam). Jangan goreng terlalu lama.
8- Keluarkan ayam, taburkan 1/2 daripada baki serbuk nasi maqlubah, bwg putih yang ditumbuk dan 3/4 sudu kecil garam halal gel dan 1 sudu minyak sapi/minyak masak.
9) Bakar ayam dalam oven selama 1 jam, suhu 190 darjah. Selepas 1/2 jam balikkan.
-BOLEH GRIL ATAS ARANG /GRIL ELEKTRIK, GORENG DAN GOLEK
10) Masukkan 2 cwn setengah air ( 500ml) ke dalam periuk tadi. Didihkan. (Air mestilah mendidih sebelum dituang ke atas beras supaya nasi lebih kembang dan gembur).
11) Di dalam rice cooker susunkan bawang besar, tomato, kentang goreng, terung goreng.
12) Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan di atas bwg besar, tomato, kentang goreng, terung goreng tadi. Masukkan 2 sudu kecil garam halal gel
13) Tuangkan air rebusan rempah/ayam tadi. kemudian on kan suiz rice cooker. tunggu nasi masak 80% gaulkan perlahan-lahan. kemudian tutup balik biarkan sampai 100% masak.
14) Cara tuang nasi maqlubah ialah letakkan dulang mengadap dan atas rice cooker, sebelum rice cooker diterbalikkan. (Itulah asal usul nama maqlubah, yang bermaksud sesuatu yang diterbalikkan).
Nasi hendaklah dihidang panas.
Letakkan ayam di atas nasi. Makan dengan salatah harrah (salad) dan solsoh harrah (sos).
Siap dihidang dinikmati bersama keluarga tercinta.
Selamat mencuba 
Nasi Arab Al Bayt Homemade

Catat Ulasan

0 Ulasan