Resepi Kuetiaw Sup Untuk Sarapan

Resepi Kuetiaw Sup Untuk Sarapan
BAHAN-BAHAN
1 bungkus kuetiaw
500 gm daging lembu- jangan potong
1 labu bawang besar – belah 4
4 ulas bawang putih – ketuk
2 cm halia – ketuk
Air secukupnya
Rempah penumis secukupnya
Sedikit kiub ikan bilis
Daun sup dan daun bawang
Tauge
Garam

CARA:
  1. Panaskan air dan celurkan kuetiaw. Tos dan ketepikan.
  2. Daging direbus sekejap hingga mendidih sahaja kemudian buang air rebusan. Ini supaya kuah supnya menjadi jernih dan cantik.
  3. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih dan halia sekejap sahaja. Masukkan air. Kemudian masukkan daging yang direbus sekejap tadi. Terus rebus semula daging bersama-sama bahan lain sehingga daging betul-betul empuk dan lembut. Perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Apabila hendak menghidangkan, barulah potong daging yang direbus dan tuang bersama kuah sup dan curahkan kuah panas ke atas kuetiaw.
  5. Setelah itu, tabur daun bawang, daun sup dan tauge. 
  6. Hidangkan bersama sambal
  7. sumber:Saji

Catat Ulasan

0 Ulasan