Sambal Belacan Macam Yang Beli Kat Kedai,Sedapnya Yakmat
Bahan-bahan :-
cili merah, cili padi, belacan, sedikit gula (1/2 sudu), garam (secubit-belacan dah masin) dan air asam jawa.
cili merah, cili padi, belacan, sedikit gula (1/2 sudu), garam (secubit-belacan dah masin) dan air asam jawa.
- Pilih cili merah yang baik. Cari yang agak merekot bukan yang tegang kulitnya kerana ia akan mengeluarkan lebih banyak air.(sukar untuk di tumbuk)
- Campurkan dengan cili padi supaya tidak terlalu pedas. (cth; 3 biji cili merah + 12 biji cili api)
- Pastikan cili dalam bilangan ganjil apabila di campur kedua-duanya…
- Bakar belacan dahulu.( 1 1/2 inci)
- Jika menggunakan lesung batu, masukkan kesemua bahan kecuali air asam jawa. Tumbuk jangan terlalu lumat dan masukkan air asam jawa ( jangan terlalu cair) Gaul rata dengan anak lesung.
- Jika menggunakan pengisar untuk membuat sambal yang lebih banyak, kisar kesemua bahan termasuk air asam jawa.Jangan kisar sehingga terlalu halus.
- Air asam jawa hendaklah tidak terlalu cair. (cth :- 3 tbsp asam jawa+ 3 tbsp air) dan dibancuh dengan air masak sejuk.
- Kesimbangan rasa amat penting dalam membuat sambal… Selamat mencuba..
0 Ulasan