Tips jadikan biskut lebih rangup

Tips buat biskut lebih rangup


1.MENTEGA
*Gunakan mentega tulin seperti :Tatura butter,Scs butter,Anchor butter dan jenama yang tertulis Pure butter atau lepa susu sprt Buttercup.
*Jika menggunakan marjerin biskut akan berasa masin.
*Biskut juga kurang enak.
*Selain itu biskut akan cepat berbau tengik (bau kurang sedap )
*Sewaktu putar butter jangan terlalu lama.
*Ia akan berminyak dan adunan biskut menjadi lembik.
*Biskut juga tidak menjadi ranggup.

2.KEKACANG
*Biskut yang menggunkan kekacang seperti : almond,hazelnut,gajus dan kacang tanah mestilah dibakar terlebih dahulu.
*Cara goreng kekacang tanpa menggunakan minyak.
*Cara ini biskut lebih ranggup dan tahan lebih tama.
*Bagi kekacang seperti : walnut,pecan,pistachio dan macadamia tak perlu dibakar.
*Kerana kekacang jenis ini agak berminyak bila dibakar.
*Boleh terus dicampurkan ke dalam adunan biskut.
*Bakar guna oven lagi mudah iaitu rata kekacang dalam loyang dan bakar 10 minit 180'c.( ikut oven masing2 )

3.MENGGAUL DAN MENGULI ADUNAN
*Untuk mendapat hasil yang biarkan mentega dan telur pada suhu bilik.
*Jangan putar mentega dan gula berlebihan.
*Cukup hingga berkrim sahaja ( mentega bertukar warna lebih cerah )
*Jika terlebih putar menyebabkan adunan menjadi lembut.
*Ia akan menyebabkan biskut mengembang bila dibakar.

4.MEREHATKAN ADUNAN
*Apabila adunan sudah siap menjadi doh,balut dengan plastic wrap terlebih dahulu.
*Kemudian simpan dalam peti sejuk selama 3 - 4jam.
*Cara ini menjadikan biskut menjadi lebih ranggup seperti cookies dan shortbread cookies.
*Selepas dikeluarkan dari peti sejuk doh akan menjadi agak keras sedikit.
*Jika ia terjadi jangan risau uli sahaja doh tadi.
*Tapi kalau buat biskut biasa tak perlu simpan dalam peti sejuk.
*Terus tekap dengan acuan dan bakar.

5.BAHAN TAMBAHAN MERANGGUPKAN BISKUT
*Tepung jagung,tepung kastard,tepung ubi dan tepung kentang juga memainkan peranan dalam meranggupkan biskut.
*Dalam sukatannya pula selalunya tepung gandum lebih banyak dan tepung tambahan sedikit sahaja.
*Selain itu serbuk emplex,gula pasir,serbuk badam dan shortening juga berfungsi meranggupkan biskut.

6.BIJIRIN
*Bagi adunan yang menggunakan bijirin seperti : oat,nestum,cornflakes dan gandum adunannya mestilah lembut.
*Kerana bijirin ini akan menyerap lelemak dan akan mengeras setelah direhatkan.
*Menambah tepung pada papan pencanai juga boleh menjadikan adunan bijirin menjadi keras.

7.ADUNAN YANG MENGGUNAKAN NOZZLE
*Adunannya mestilah lembut dan senang dipicit.
*Gunakan piping bag yang tebal.
*Gunakan nozzle yang sesuai iaitu memudahkan adunan keluar bila di picit.
*Hanya adunan plain dan lembut,tidak bercampur dengan kekacang,raisin dan bijirin.
*Kerana ia akan menyebabkan susah untuk di picit dan keluar dari nozzle.

8.LOYANG PEMBAKAR
*Guna loyang pembakar yang tepinya rendah.
*Kerana memudahkan aliran haba dari oven pada biskut.
*Menjadikan biskut mudah masak dan sekata masaknya.
*Alas tengak loyang dengan kertas minyak baru letak biskut.
*Selain alas dengan kertas minyak,gris dengan sedikit mentega pun boleh juga.
*Jangan terlalu banyak menyapu butter pada loyang,ia akan menyebabkan biskut jadi berminyak dan lembab.

9.NAK TAHU BISKUT SUDAH MASAK @ BELUM
*Ingin tahu sama ada sudah masak@belum ialah tolak biskut dengan jari@garfu.
*Jika biskut boleh bergerak@mudah diangkat tidak meletak pada kertas minyak itu menandakan biskut sudah pun masak.
*Jika biskut meletak pada kertas minyak dan pecah itu bermakna biskut belum masak.
*Biskut agak lembik apabila baru keluar dari oven.
*Tapi ia akan mengeras dan rangup bila telah sejuk.

10.SEJUKKAN BISKUT
*Bila sudah siap di bakar perlu lah disejuk dahulu.
*Keluarkan biskut daripada loyang pembakar dan letak diatas tray.
*Biarkan ia sejuk baru di simpan dalam bekas kedap udara.

11.MENYIMPAN BISKUT
*Bila biskut benar-benar dah sejuk simpan dalam balang kedap udara.
*Supaya biskut tidak masuk angin.
*Jika biskut tidak disimpan dalam bekas kedap udara akan menyebabkan biskut menjadi lemau dan rosak.
*Jika biskut belum benar-benar sejuk sudah di masukkan dalam bekas menyebabkan biskut menjadi lembab tidak ranggup.
*Kerana akan terhasilnya wap daripada biskut yang masih panas.
*Jika ia terjadi biskut tidak akan tahan lama.
*Biskut yang tidak mengunakan pengawet dan cara simpan yang betul ia boleh tahan selama 2-3 bulan.

Jemput join
Untuk lebih banyak tips

Catat Ulasan

1 Ulasan