RESEPI SAMBAL IKAN BILIS PALING SEDAP YANG PERNAH SAYA BUAT

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS SAYA DAH MASUKKAN DIBAWAH SEKALI-harap maklum



Saya cuba buat sambal ikan bilis yang paling sedap saya masak.
Dah berpuluh puluh caranya.
Mencuba dan terus berusaha sampailah ke pagi ni..
Akhirnya saya dapat satu resepi SAMBAL IKAN BILIS yang sangat best sedapnya
Saya nak bagi resepinya.supaya semua orang boleh buat dan tahu buat. Mesti satu keluarga akan memuji masakan anda.

Seandainya anda nak buat jual nasi lemak sudah pastinya jualan anda akan amat laris...

Saya juga akan bagi petua dan cara menggoreng ikan bilis suoaya rangup seperti kacang goreng.

SAMBAL IKAN BILIS

Cara goreng ikan bilis dan kuantiti minyak yang diperlukan.

Minyak untuk goreng ikan bilis mesti banyak.MASUKKAN minyak dalam kuali mesti melepasi jumlah ikan bilis yang nak digoreng.tunggu minyak panas betul betul. Biar minyak mengeluarkan sedikit asap dan minyak akan bergerak gerak sedikit.barulah tanda bahawa minyak tu dah panas betul betul.
Penggunaan minyak banyak tak apa sebab nanti kita nak tumis bawang dan cili menggunakan minyak yang goreng ikan bilis tadi. Ini secara tak lansung akan memberikan kesedapan yang ummmphhh...pada sambal ikan bilis anda.

Cili kering
Hati hati beli sebab ada yang satu jenis ni memang pedas sampai berdesing telinga.
Saya buat sambal tumis tak pernah buang biji cilinya sebab suka pedas. Sesiapa yang mahu kurangkan pedasnya buanglah bijinya separuh dari jumlah cili kering yang anda guna.
Cili lebih baik dikisar sendiri.samada sedikit kasar pun boleh atau halus mulus pun boleh tapi yang lebih menyelerakan jangan terlalu halus.

GULA
Kuah sambal ikan bilis kalau lebihkan manisnya sedikit lebih sedap.Kemasinan dan sedikit masam perlu pandai seimbangkan supaya rasa ‘ wah sedapnya sempurna rasa’..

Caranya:
Tumis bawang bawang yang dikisar tadi tu dengan minyak gorengan ikan bilis tadi.
Atau tambah lagi sedikit minyak baru jika kuantiti minyak tidak dapat melepasi paras cili anda.
Sebab untuk mendapatkan tumisan cili yang sempurna mesti dalam minyak yang banyak. Itu penting.
Jika selepas masak anda dapati minyak terlalu banyak anda bolehlah membuang minyak sedikit atau menyimpannya untuk buat nasi goreng atau sambal apa apa.
Teknik menumis cili dengan minyak yang banyak memang penting dan semua tukang masak mengamalkannya sebab ‘ mustahak untuk cili masak dengan sempurnanya maka barulah sambal tumisan @masakan anda akan jadi sedap.

Masa mula meletakkan kuali atas dapur dan sehingga selesai menumis ialah 1 jam.menumis sambal lagi lama lagi sedap. Ini akan membuatkan semua bahan menyatu dan sebati sempurna.warnanya akan menjadi merah pekat yang cantik.kuahnya akan jadi pekat.


Caranya mula mula saja guna api kuat kemudian bila dah mendidih mulai memperlahankan api dapur/merenih supaya cili masak betul.ini akan mengambil masa yang lama kira kira 45 minit untuk sambal sempurna rasa , berwarna merah menarik dan menjadi pekat seperti dalam gambar.
———————————————————
RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS NASI LEMAK

Ikan bilis 3 genggam( dibasuh satu kali saja dan sejatkan.kemudian masukkan cuka makan sebanyak 1/2 cawan kedalam ikan bilis tadi dan biarkan selama 5 minit.kemudian disejat sekali lagi.
Panaskan minyak 2 cawan dan gorenglah ikan bilis tu sampai garing dan angkat.
Ketepikan dulu.

Minyak lebihan tadi kita akan buat tumisan cili.
Bawang besar 1 biji*
Bawang putih 4 ulas*
Bawang merah 7 ulas*
(* dimesin halus)
Cili kering kisar 2 cawan
Air asam jawa 1/2 cawan
Gula melaka 1/2 biji@gula kabung @gula merah 2 sudu besar
Gula putih 3 sudu penuh
Belacan 1 sudu besar
Ajinomoto jika suka
Ikan bilis goreng ambil 4 sudu besar dan ditumbuk halus
( penggunaan ikan bilis goreng yang ditumbuk@ kisar akan lebih sedap)

Cara:
Masukkan minyak dalam kuali
Panaskan( tambah minyak baru jika perlu)
Tumis bawang kisar tadi sampai garing
Masukkan cili mesin
Gaul dan kacau sampai bertukar warna dan beberapa kali mendidih
Masukkan gula putih dan gula melaka, garam, ajinomoto, ikan bilis tumbuk dan belacan.
Gaul dan sebatikan semua sambil terus dikacau kacau
Mendidih masukkan air asam jawa

Biarkan mendidih selama 5 minit dengan api yang kuat.

Kemudian perlahankan api dan biar merenih lama sambil sering dikacau.buarkan kuahnya memekat. Perlukan masa yang lama untuk kuah jadi pekat.
Apabila dah pekat , warnanya akan berubah menjadi warna merah tua. Warna sambal anda akan bergantung pada jumlah kandungan gula yang anda guna.
Apabila kuah udah pekat cantik seperti didalam gambar maka sambal anda dah siap....dah boleh dimakan.

KUAH TARUH ATAS
Cuma sejukkan dulu...anda boleh gunakan KUAH SAMBAL ini untuk ikan billis goreng , telur rebus , ikan goreng garing atau ayam goreng.
Sangat best kalau makan dengan ketupat n lemang, roti benggali, roti gardenia, roti jala, bihun goreng, mee goreng,peknga, capati, roti canai atau apa apa ja...
Boleh juga masak sambal ini untuk buat sambal daging, sambal sotong kering, sambal ayam atau apa apa saja yang anda suka. Jangan lupa hirisan timun....lagi tambah sedap.

Petua:
BACA NIE:


Petua tambahan:


Kisar cili jangan terlalu halus tapi biar kasar kasar sedikit sebab ianya akan lebih menyedapkan sambal tumis anda .sekiranya nak pedas tak perlu dibuang bijinya.
dan banyak atau sikitnya gula akan memainkan peranan dalam menentukan warna sambal anda. Merah tua cantik dan sedap...jadi menarik.


Cili jangan kisar terlalu halus sebab kuahnya jadi tidak menarik .


Kisaran cili yang halus akan membuatkan sambal anda jadi lebih pedas.
Kisar cili masukkan sedikit minyak masak supaya bijinya dapat dihaluskan.


Saya lebih suka cili kering tidak dibuang bijinya.lebih terasa ummphhh....sambalnya nanti.
* jika untuk pembungkusan nasi lemak untuk jualan pastikan sambal anda benar benar pekat dan likat.


Tinggal minyak n cilinya sahaja.


Tidak lagi mempunyai kandungan air. Barulah sedap dan elok pembungkusannya”*...maksudnya kuah tidak berlinang
.


Ida Shahida

Catat Ulasan

0 Ulasan