**RESEPI PULUT SERUNDING,AIR TANGAN DARI IBU**
Bahan pulut :
180 gm beras pulut - direndam semalaman
150 ml santan pekat
2 helai daun pandan - disimpul
Cara membuat :
1. Panaskan periuk pengukus.
2. Basuh pulut yang telah direndam dan tos.
3. Masukkan pulut ke dalam bekas (tahan kukus) dan kukus selama 10 minit.
4. Masukkan pula santan dan daun pandan ke dalam pulut tadi, kacau rata dan kukus lagi selama 20-25 minit.
5. Kacau rata dan teruskan mengukus sehingga pulut masak.

Bahan serunding :
1 biji kelapa parut putih
1/2 cawan udang kering -dikisar halus
10 tangkai cili kering *
2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 inci lengkuas *
2 batang serai *
2 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu besar ketumbar
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu besar gula merah
Garam, perasa dan gula
6-8 sudu besar minyak masak
1 biji kelapa parut putih
1/2 cawan udang kering -dikisar halus
10 tangkai cili kering *
2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 inci lengkuas *
2 batang serai *
2 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 sudu besar ketumbar
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu besar gula merah
Garam, perasa dan gula
6-8 sudu besar minyak masak
Cara membuat :
1. Goreng tanpa minyak (sangai) jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Kemudian kisar kering sehingga menjadi serbuk.
2. Kisar bahan bertanda (*).
3. Satukan kedua-dua bahan kisar tadi dan campurkan pula bersama kelapa parut. Gaul sehingga kesemua bahan rata, kemudian masukkan pula udang kering, air asam jawa dan gula merah, kacau lagi sehingga rata.
4. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan kelapa dan kacau sehingga rata.
5. Kacau sehingga serunding agak kering sedikit kemudian masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa, kacau lagi sehingga serunding betul-betul kering, bolehlah ditutup apinya.
6. Masukkan serunding di dalam bekas dan biarkan sehingga sejuk.
7. Cara membuat pulut serunding, ambil sedikit pulut yang telah dikukus terlebih dahulu tadi kemudian masukkan ke dalam acuan, buat sehingga habis kesemua pulut, gaulkan pula pulut tadi dengan serunding, buat sehingga habis dan bolehlah dihidangkan.

0 Ulasan