Mudahnya Membuat Kerepek Gunting

Mudahnya Membuat Kerepek Gunting

Tiap² kali raya,kerepek ni wajib buat..mula dari tok nenek,smpai ke anak cucu cicit smua suka makan..
Bahan-bahan
1 kg tepung gandum
500 g tepung ubi
1 biji telur
daun kari
*10 biji cili kering(nak pedas boleh dilebihkan)
*1 genggam udang kering (RM4)
*1 genggam garam kasar (3 @4 sudu besar)
*1 sudu besar bahan perasa

Cara Menyediakan
Kisarkan bahan bertanda *
Masukkan tepung gandum dengan tepung ubi ke dalam bekas. Masukkan telur dan bahan kisar dan kemudian masukkan sedikit air.
Uli sebati dan pastikan tidak terlalu lembik. Pastikan tak dimasukkan bawang goreng kerana apabila goreng nanti akan cepat hangit.
Kemudian masukkan ke dalam mesin pada saiz 6
Kemudian teruskan pada saiz 3 pula
Leraikan supaya tidak melekat.
Dan goreng dengan minyak yang banyak dan api sederhana
Kredit nick myra
LIKE DAN SHARE

Catat Ulasan

0 Ulasan