KEBAB AYAM BEREMPAH..JOM BUAT

KEBAB AYAM BEREMPAH..JOM BUAT


BAHAN-BAHAN:

3 ketul dada ayam | dipotong dadu
1 labu bawang kuning | dikisar halus
2 ulas bawang putih | dikisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk oregano
1 sudu teh serbuk daun kemangi
1 sudu teh paprika
4 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit lidi untuk mencucuk

CARA MEMASAK:

1. Perap isi ayam bersama lada hitam, daun kemangi, oregano, paprika dan sos tiram. Kemudian, perasakan dengan garam secukup rasa.

2. Selepas diperap, cucuk isi ayam menggunakan lidi sate.

3. Bakar di atas api sehingga masak. Jika anda menggunakan ketuhar, bakar kebab pada suhu 180’c selama 10-15 minit.

Catat Ulasan

0 Ulasan