Elak Pedih Mata Ketika Kupas Bawang Dan Pelbagai Tips Di Dapur

Elak Pedih Mata Ketika Kupas Bawang Dan Pelbagai Tips Di Dapur

nak kupas bawang merah untuk elak pedih mata: rendam bawang dalam air garam 5-10 min lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih
nak elak ikan goreng melekat kat kuali; panaskan minyak goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik
nak sambal merah sedap cantik; masak lada lama + gunakan gula merah
nak buat rendang gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi
kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masin nya.. tak caya cuba lah
nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu tau...nak masak br basuh
daging nak cepat empuk, rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu plastik.. gila kau
merangup kan timun untuk buat jelatah timun, potong siap2 timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lps tu bilas...kesan nya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun
nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih2, masak masak nasi letak 2,3 cubit garam... nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik2 kan nasi tu dan tutup sampak berwap
nak simpan taugeh untuk kekalkan segar, rendam dalam air garam simpan dlm pt ais
nak kopek telur selepas direbus, lps rebus sejuk kan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak buka kulit telur boleh pakai gigi je, semudah abc..
nak dapatkan ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih utk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit... masak sampai garing, ayam grg lebih sedap/garing
nak merangup kan ayam goreng hendak lah mengoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompat lah sekejap kemudian masukkan ayam
nak nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.
nak simpan tahu supaya tahan lama, rendam tahu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari2 masih elok lagi tahu tu... so anda pun baru tahu hari ini
Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. kureng lah..nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek... sup lebih sedap/pekat tau
Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. buat setiap bulan. mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru ye
**gambar selfie sendiri, kat atas motor nampak ganas tapi kat dapur rupa haii macam makcik senah lah sikit...rajin betul menaip hari ini, kongsi pengalaman sebab da masuk 4 tahun kehidupan sebagai tukang masak didapur ...sekian

sumber:mykitchen

Catat Ulasan

0 Ulasan