Lauk Zaman Berzaman....Gulai Lemak Pisang Muda Dengan Ikan Masin

Lauk Zaman Berzaman....Gulai Lemak Pisang Muda Dengan Ikan Masin

.
Bahan-bahan diperlukan:


1 sikat pisang muda (pape pun boleh)
4-5 ketul ikan masin (kurau @ duri)
santan cair (no 2) guna kelapa parut selepas pati santan tadi
pati santan (1/2 biji kelapa parut) - agak2 1 cawan
3 batang serai (titik)
garam n gula
3 biji cili merah *
2 biji bwg besar *
3 ulas bwg putih *
1 inci belacan bakar *
1 1/2 inci kunyit hidup *
sejemput ikan bilis putih (tumbuk kasar)
.
Cara menyediakan dan memasak:


kisar bahan bertanda * dengan santan cair no 2 (ukuran air agak2 pisang tenggelam dalam periuk)
siat kulit pisang dan potong serong... kemudian rendam dalam air garam
kmdian, masukkan bahan kisar, pisang, ikan bilis, serai dan ikan masin dalam periuk... masak sampai pisang agak lembut
selepas itu masukkan pati santan perasakan garam dan gula mendidih sedikit bolehla diangkat

Catat Ulasan

0 Ulasan