Cara Buat Dadih Sendiri Tanpa Guna Serbuk Dadih

Cara Buat Dadih Sendiri Tanpa Guna Serbuk Dadih
Beli dadih kat luar mesti tak puas hati.

1 cup kat sini RM2.50 . Langsung tak berkrim , rasa nipis sangat-sangat. Beli perisa cocoa yg rasa cuma manis gula , bau cocoa pun tak bau
.
Jadi harini buat dadih sendiri tanpa menggunakan serbuk dadih.
.
Yang pasti lebih berlemak dan berkrim berbanding guna serbuk dadih. Sebelum ni pernah buat dadih tak bubuh tepung jagung pun , tapi tengok u tube resepi tu bubuh tepung jagung. Memang rasa lain bubuh dan tak bbuh tepung jagung. Sedap tu lagi berganda
.
Resepi ni ikut sukatan saya sendiri. Kalau ada yang nak cuba bolehlah. Nak sedap jangan kedekut susu. Biar susu banyak dari air takpa
.
Resepi ni dapat 9 cups. Gandakan kalau nak lebih banyak cups 


.
Bahan-bahan yang diperlukan
• 150gm gula ( boleh tambah lagi kalau tak cukup manis. Saya buat manis sedang-sedang )
• 20gm serbuk agar-agar
• 1 sb tepung jagung
• 1 sk garam
• 1 liter susu segar / susu kotak
• 500 ml air
• perasa - depends nak guna perasa apa pun
.
Cara-cara refer pada gambar ya.

.

Selamat mencuba ! Saya halalkan resepi
Lepasni tak payah beli dah bila dah pandai buat sendiri kan.
.
#nuhazkitchen

Catat Ulasan

0 Ulasan