Aneka Sayur Sempena Ramadhan

Aneka Sayur Sempena Ramadhan
SUP BAYAM DENGAN CENDAWAN

.
BAHAN-BAHAN:
.
2 ikat sayur bayam
150gm cendawan tiram
1 genggam udang kering-direndam
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
air secukupnya untuk kuah sup Garam secukup rasa
.
CARA MEMASAK :
.
1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur bayam dan rendam udang kering dalam air panas sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan . Tumbuk semua bawang dengan udang kering sehingga lumat.
.
2. Bersihkan cendawan kemudian disiat-siat menjadi kecil . Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis semua bahan yang ditumbuk sampai layu . Masukkan air , sos tiram , minyak bijan dan kacau biar mesra serta biar sampai kuah hampir mendidih .
.
3. Bila kuah dah nak mendidih boleh dimasukkan semua sayur bayam dan cendawan kemudian terus kacau . Boleh la dirasa jika kurang masin boleh ditambah garam , bila sayur bayam dah masak boleh la ditutup api dapur .
.
.
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

ASPARAGUS SOS TIRAM

.
Bahan-bahan:
.
1 ikat asparagus (kurang lebih 2 cekak)
15 ekor udang saiz sederhana, kupas, cuci dan toskan
4 biji cili padi merah, dititik
4 biji cili padi hijau, dititik
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 camca besar sos tiram
Secubit gula
Sos ikan secukup rasa
.
Cara buat:
.
Asparagus diambil bahagian lembut sahaja, caranya, ambil1 asparagus, lenturkan dan ia akan patah, ambik bahagian lembut. Kemudian letak bahagian lembut tadi pada asparagus lain dan kerat mengikut ukuran bahagian lembut.
.
Kemudian kerat 3 atau 4 bahagian ikut saiz yang anda inginkan. Cuci dan toskan.
.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili padi hijau/merah hingga harum, masukkan sos tiram dan udang. Kacau rata.
.
Bila udang bertukar warna, masukkan asparagus, kacau dan tambah secubit gula dan sos ikan secukup rasa.
.
Masak hingga asparagus lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
.
Hidangkan panas bersama nasi hangat.
.
.
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


SAYUR CAMPUR
.
Bahan2
.
-bunga kobis
-brokoli
-sudip jagung
-karot
-cili padi
-bawang besar
-bawang putih - diketuk2
-sos tiram
-garam- sikit je
-minyak
-air
.
Cara-cara:
.
1. Panaskan minyak tumis bawang putih hingga garing sikit
.
2. Masuk sos tiram dan sedikit garam (sikit je sb sos tiram dah masin) kacau rata
.
3. Masuk kan sayur keras spt karot,bunga kobis dan sudip jagung,kacau seketika hingga agak layu sikit
.
4. kemudian tambah bahan lain dan sedikit air,biarkan seketika kemudian tutup api..
.
.
Selamat mencuba..


PAPRIK SAYURAN
.
Bahan-bahan

2 biji terung dipotong memanjang
1 biji lobak merah dipotong
4 batang jagung muda dipotong
10 biji kacang panjang / buncis secukupnya dipotong serong memanjang
Sedikit isi udang (jika suka
1 sudu kecil chilli flakes
½ sudu kecil lada sulah
2 sudu besar sos cili Maggi
½ sudu besar sos tiram Maggi
2 ulas bawang putih diketuk
1 ulas bawang besar dibelah tebal
1 helai daun limau purut
3 sudu besar minyak masak
Maggi Cukup Rasa secukupnya
.
Cara-cara
.
Terung digoreng sekejap terlebih dahulu dengan sedikit minyak. Angkat dan ketepikan. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan isi udang.
.
Masukkan sos cili dan sos tiram bersama sedikit sahaja air. Masukkan daun limau purut, chilli flakes dan lada sulah. Masukkan semua bahan sayuran yang dipotong dan bawang besar. Masak Sekejap.
.
Masukkan terung goreng. Kacau rata Tabur Maggi Cukup Rasa keatasnya. Kacau sebati Tutup api dan siap!
.
.
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


SAYUR CAMPUR BERGAJUS
.
Bahan-bahan:
.
Bahan A
.
1/4 cawan biji gajus - di goreng dan toskan
10 tangkai cili kering - di goreng dan toskan
1/2 cawan isi ayam - di potong memanjang
1 sudu besar Sos Tiram Maggi
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan minyak sayuran - untuk menggoreng
.
Bahan B
.
1/4 cawan lobak merah - di potong seperti mancis
1/4 cawan brokoli
4 tangkai sayur bok choy
4 tangkai putik jagung - di potong menyerong
1/4 cawan hirisan lada benggala (kuning dan merah)
1/4 cawan air
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar minyak sayuran - untuk menumis
.
Cara-cara
.
Panaskan 1 cawan minyak di dalam kuali, goreng isi ayam yang di perap dengan Sos Tiram Maggi serta golekkan dengan tepung jagung terlebih dahulu sehingga garing. Goreng juga biji gajus dan cili kering secara berasingan.Tos dan ketepikan seketika.
.
Di dalam kuali yang lain, panaskan 2 sudu besar minyak sayuran. Masukkan putik jagung dan lobak merah terlebih dahulu. Kacau sebentar dan masukkan pula sayur brokoli dan bok choy sambil di kacau lagi.
.
Seterusnya tuangkan air kedalam sayuran dan kacau lagi.
.
Setelah sayuran separuh masak masukkan lada benggala dan taburkan penambah perasa semua dalam satu, Maggi Cukup Rasa ke dalam sayuran.
.
Seterusnya masukkan cili kering, isi ayam dan biji gajus yang di goreng tadi. Kacau hingga semuanya bercampur dengan sayuran dan matikan api dapur. Jangan terlebih masak ye, kerana zat dan vitamin dalam sayuran akan hilang.
.
.
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


SAYUR GORENG TELUR
.
Bahan-bahan
.
100g brokoli
100g bunga kobis
100g carrot
2 ulas bawang putih (diketuk)
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 biji telur saiz besar
1 biji cili merah besar
.
Cara-cara
.
1. Tumiskan bawang putih sehingga kuning.
.
2. Kemudian masukkan brokoli, bunga kobis dan carrot.
.
3. Setelah sayur setengah masak, pecahkan telur ditengah-tengah. Kacau dengan cepat sehingga telur hancur dan menyelaputi sayur.
.
4. Kemudian masukkan Maggi Cukup Rasa
.
5. Masukkan cili merah yang telah dipotong kecil-kecil. Goreng sehingga masak. Sedia untuk dihidang
.
.
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


CILI SUMBAT DAGING
.
Bahan-bahan:
.
2 sudu makan lebihan daging masak merah
3 biji cili merah | dibelah tengah dan dibuang biji
2 biji kentang | dipotong dadu bersaiz besar
1 biji telur | dipukul bersama garam secukup rasa
1 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
.
Cara buat:
.
1. Cuci lebihan daging dan goreng sekali lagi buat seketika. Ketepikan.
.
2. Goreng kentang sehingga layu dan dilenyek hingga lumat.
.
3. Satukan di dalam bekas, kentang lenyek bersama dengan daging, garam dan lada sulah. Gaul rata.
.
.
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..


SAYUR CAMPUR "OMPUTEH"
.
Bahan-bahan:
.
2 biji tomato | dibuang biji dan potong dadu
½ biji lada benggala | dipotong kiub
1 biji zukini | dipotong kecil
1 biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 ketul isi ayam | dicincang
1 sudu teh serbuk perasa Itali
1 sudu teh lada hitam | ditumbuk kasar
Sedikit garam
¼ sudu makan minyak zaitun
.
Cara masak:
.
1. Panaskan minyak dan masukkan isi ayam, bawang besar dan bawang putih. Tumis seketika sehingga naik bau.
.
2. Kemudian masukkan lada benggala dan zukini. Biarkan seketika sehingga zukini masak dan masukkan tomato, garam, lada hitam dan serbuk perasa Itali.
.
.
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Catat Ulasan

0 Ulasan