Nasi kuning, ayam bali, acar timun & sambal belacan.. Masak awal hari ni.. Ayam bali makan dengan nasi kuning memang terbaik
Ni resepinya.. selamat mencuba
Resepi Nasi Kuning
Bahan2
4 cawan beras
*1 labu bwg besar
*3 ulas bwg putih
(bahan bertanda * dihiris halus)
1 inci halia - diketuk
3 helai daun pandan - disimpul
sedikit bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
1 sb majerin
sedikit minyak masak
air secukupnya
garam
pewarna kuning
4 cawan beras
*1 labu bwg besar
*3 ulas bwg putih
(bahan bertanda * dihiris halus)
1 inci halia - diketuk
3 helai daun pandan - disimpul
sedikit bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
1 sb majerin
sedikit minyak masak
air secukupnya
garam
pewarna kuning
Cara2
👉 Panaskan kuali, masukkan majerin dan minyak masak. Goreng bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
👉 Masukkan bahan yang dihiris, halia, daun pandan dan goreng sehingga layu dan kekuningan. Tutup api.
👉 Masukkan beras dan air yang secukupnya ke dalam rice cooker. Tuang bahan tumisan tadi.
👉 Masukkan sedikit garam, pewarna kuning. Masak seperti biasa. Siap.
Resepi Ayam Bali
Bahan2
1/2 ekor ayam
4 batang serai - ketuk
3 tangkai daun kari
*2 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
(bhn bertanda * diblender)
1 senduk kecil cili kisar
kicap manis secukupnya
gula & garam secukup rasa
1/2 ekor ayam
4 batang serai - ketuk
3 tangkai daun kari
*2 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
(bhn bertanda * diblender)
1 senduk kecil cili kisar
kicap manis secukupnya
gula & garam secukup rasa
Cara2
👉 Lumur ayam dengan kunyit & garam. Goreng sehingga masak. Jangan terlalu garing nanti kurang sedap.
👉 Panaskan kuali, masukkan serai dan goreng sehingga keperangan.
👉 Masukkan daun kari. Goreng sehingga sedikit garing.
👉 Masukkan cili kisar, kacau & tunggu sampai pecah minyak.
👉 Lepas tu masukkan bahan yang telah dikisar. Gaul sebati & tunggu sehingga pecah minyak.
👉 Masukkan kicap, sampai warna maroon ye.. letak gula garam secukup rasa.
👉 Masukkan ayam goreng tadi dan gaul mesra.
👉 Boleh taburkan bawang yang dihiris bulat dan tomato. Siap. Selamat mencuba
Kredit Resepi : atier syah
0 Ulasan