Chezzy Chicken Crisphyy.Cubalah buat. Nampak sedap sungguh.

Hai, petang ni Min nak share resipi kudapan sedap sesangat. Roti ni dipanggil Chezzy Chicken Crisphyy. Resipi ni adalah daripada Mimie Zulhelmi. Cubalah buat. Nampak sedap sungguh.
CHEEZEY CHICKEN CRISPHYY

BAHAN INTI:
Marjerin atau mentega untuk menumis
3 labu bawang besar (potong dadu)
5 ulas bawang putih (cencang)
Isi ayam atau ayam kisar
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan marjerin atau mentega. Tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan ayam. Kacau.
3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.
4. Masak lagi sehingga kering air ayam.
5. Angkat dan isi dalam mangkuk. Ketepikan.

BAHAN PENYEDIAAN:
Roti
Serbuk roti
4 biji telur ayam
Keju mozarella
Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMBUAT:
1. Ambil sekeping roti dan lenyek. Kemudian sapu telur atas roti tadi.
2. Letak inti dan keju. Lipat roti dan tekan keliling (Proses ni kadangkala kulit roti terbuka balik. Jangan risau kerana itu biasa berlaku. Terus saja buat yang lain. Hampir siap nanti tekan semula yang terbuka tadi.)
3. Kemudian celup roti berinti ke dalam telur ayam. Gaul dalam serbuk roti. Ulang semua langkah hingga siap semua roti.
4. Panaskan minyak masak. Goreng roti dengan api sederhana sehingga masak. Angkat dan sedia untuk dimakan.
5. Enak dimakan dengan cheezy, sos cili atau mayones.
Selamat mencuba!

Catat Ulasan

0 Ulasan