Nasi Urap Bersama Urap Taugeh & Kangkong.

Nasi Urap Bersama Urap Taugeh & Kangkong.

Nasi Urap dengan Udang,Tempeh,Ikan Goreng, Sambal Belacan Tomato, Ikan Sepat Masin dan Urap Taugeh & Kangkong. Bon Appetit

Resepi Urup Kelapa untuk membuat urap Taugeh & Kangkong.

Bahan2nya
750gm Kelapa
1 batang serai
1 1/2chili kisar
1 sudu teh minyak
1 batang chili merah - di hiris
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan halus
Garam & Gula secukup rasa
1 helai daun kunyit
1 knorr ikan bilis
Hirisan Limau Perut (Zest Kafir Lime)

Cara2nya
Panaskan minyak dikuali, goreng serai yang dipotong kasar2 dan chili kisar dan chili hiris. Bila aroma nya timbul, masukan kelapa parut.


 Goreng dengan api yang sederhana hingga aroma kelapa nya timbul, masukan daun kunyit yang di koyak2an dan zest limau perut (4 keping) dan 1 knorr ikan bilis. 

Kemudian bubuhkan garam & gula secukup rasa. Goreng kelapa hingga kekuningan coklat.

Rebus Taugeh & Kangkong dalam air menidih, selama 30 saat. Angkat dan ditepikan. Gaulkan dengan kelapa goreng semasa hendak memakan-nya.


sumber resepi:
Chef Papajoh

Catat Ulasan

0 Ulasan