Kek sarang semut tanpa perap

Kek sarang semut  dari Terengganu...versi tanpa perap...bersarang x ?
resipi

Bahan gula hangus..
2 cawan gula pasir
2 cawan air panas
1/2 cawan butter ( mentega pun boleh)
Hanguskan gula guna api sederhana perlahan. .bila dah perang.. masukkan air panas.. bila gula dah larut.. tutup api dan masukkan butter.. biarkan sejuk.. pastikan betul2 sejuk yer..

2 cawan tepung gandum (ayak)
1 1/2 sedikit soda bikarbonat ( ayak)
1/2 cawan susu pekat manis
5 biji telur
1 sdt esen vanilla
Blender telur 10 minit..
Dalam bekas lain.. satukan tepung dan soda bikarbonat. .masukkan telur yang dibender. . 
esen vanilla dan susu pekat ke dalam tepung.. . kacau sebati.. masukkan air gula hangus..kacau kacau sebati..

Gris loyang.. lapik baking paper.. tapis adunan ke dalam loyang.. bakar api bawah sahaja selama 1 jam..suhu 180' ..kemudian.. bakar lagi 10 minit api atas sahaja suhu 180*. .
Boleh juga dikukus.. 1 jam @ hingga masak..

Catat Ulasan

0 Ulasan