Bubur Lambuk Khas Untuk Pesakit Kencing Manis

Bubur Lambuk Khas Untuk Pesakit Kencing Manis

Bahan:
2 cawan beras basmathi, direndam selama 10 minit, kemudian tos.
1.75 L air
****
Untuk pes (dikisar):
¼ cawan udang kering, direndam dalam air panas selama 10 minit, kemudian toskan
2 bawang besar, dicencang
6 ulas bawang putih
****
2 dada ayam bersaiz besar, didadu
½ inci halia, dihiris halus
1 sudu kecil biji kelabat
1 cawan kobis, dihiris
1 cawan lobak didadu
½ cawan kentang didadu
½ cawan daun ketumbar, dicencang
4 sudu Nutren Untuk Diabetik, dicairkan dengan 250 ml air
1 sudu kecil garam (tambahkan sukatan sekiranya mahu lebih masin
½ sudu besar lada putih.

Cara penyediaan:
Dalam periuk besar, masukkan beras dan air kemudian reneh selama 30 minit atau sehingga nasi menjadi pekat sehingga konsistensi yang diingini. Kacau sekali-sekala dan tambahkan air jika perlu.

Campurkan pes yang dikisar, kiub ayam, hirisan halia, biji kelabat dan masakkan selama 10 minit. Tambah kubis, lobak, kentang, dan daun ketumbar.

Kacau rata, tutup periuk dan reneh selama lima minit. Masukkan campuran Nutren Untuk Diabetik dan perasakan dengan garam dan lada putih. Kacau lagi selama dua minit. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Catat Ulasan

0 Ulasan