SERUNDING KELAPA UDANG KERING..SEDAP TAK?


SERUNDING KELAPA UDANG KERING..SEDAP TAK?


Bahan-bahannya:
2 biji kelapa - diparut putihnya sahaja
Air asam jawa secukupnya
Bahan kisar:
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 batang serai - dihiris nipis
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 sudu makan udang kering

Cara
1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
2.Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata hingga mendidih.
3.Masukkan kelapa parut. Kacau sentiasa dengan api sederhana perlahan hingga kelapa jadi ringan dan kering.
4.Sedia untuk dihidangkan.

Nota :
Sekiranya anda ingin membuat serunding kelapa yang kering dan tahan lama, mak saya ajar supaya kelapa parut tu di sangai atau sangan (orang jawa sebut macam tu..) dalam kuali, dengan api perlahan dan tanpa minyak. Bila kelapa parut tu dah kering dan kekuningan, angkat dan masukkan dalam bekas lain dulu.

Kemudian, tumis bahan kisar macam langkah di atas, akhir sekali baru masukkan kelapa parut yang dah dikeringkan tadi.

Catat Ulasan

0 Ulasan