RESEPI MEE HAILAM UDANG SEDAP DAN MUDAH

RESEPI MEE HAILAM UDANG SEDAP 

Bahan2:
Daging – Di hiris nipis dan di cuci bersih
Jika menggunakan daging, rebus dahulu daging hingga empuk air rebusan jangan di buang kita gunakan untuk menambahkan, dan memaniskan kuah

10 ekor udang sederhana besar – dibuang kepala dan separuh kulit di badannya
1 labu bawang besar – di cincang halus
2 ulas bawang kecil – di cincang halus
2 ulas bawang putih – di cincang halus yang ni ita tambah
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk kasar , kalau nak pedas tambahlah lagi
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
2 sudu kecil tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah
sedikit bunga kobis
sedikit sawi
lobak – dihiris
2 mangkuk air – kalau daging direbus dahulu gunakan air rebusan daging
Garam – secukup rasa
Mee kuning kasar secukupnya
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Cili jeruk – jika suka
Cara memasak :
Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi.
Masukkan daging dan masukkan air dan biar daging empuk.
Kalau air kurang, tambahkan air lagi .
Masukkan lada hitam, sos tiram, dan kicap.
Biar mendidih sekejap
Masukkan udang
Masukkan sayur dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.
Bila sudah agak pekat, tutup apinya.
Kuah sedia dihidangkan bersama bahan-bahan hiasan yang lain.
Boleh juga masukkan lada putih dan tambah telur sekiranya suka.
siap

Catat Ulasan

0 Ulasan