Sedapnya Apam Kampong

Sedapnya Apam Kampong

SEIRING dengan peredaran zaman, kuih apam boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti apam polka dot di bazar Ramadan.

Pastinya bentuk yang comel mampu menarik perhatian kanak-kanak untuk menikmati kuih tradisional ini.

Namun, bagi yang ingin mengekalkan keaslian hidangan tradisional sepanjang zaman ini iaitu apam kampung bolehlah cuba resipi ini.

Kuih apam kampung ini sedap dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. 


Bahan-bahan:

200 gram tepung gandum

50 gram tepung beras

75 gram gula perang

1 cawan air

6 gram yis (dilarutkan bersama 1/4 cawan air)

Kelapa parut putih

Sedikit garam


Cara menyediakannya:


Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata.

Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil-bintil.

Sapukan loyang bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang adunan tadi ke dalam loyang dan biar 1 jam atau sehingga adunan tadi naik.

Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit.

Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut.

teringat juga waktu kecil-kecil dulu,mak selalu selalu juga buat apam kampong macam ni cuma bezanya apam yang mak buat dimakan bersama dengan kuah dan dinamakan Apam Kuah

sumber: http://www.mstar.com.my/lain-lain/jamu-selera/2014/07/15/apam-kampung/#Ted71XvB8F1AGbZJ.99

Catat Ulasan

0 Ulasan