ROTI WHOLEMEAL BIJAN HITAM,ULI GUNA TANGAN JER

RESEPI ROTI WHOLEMEAL BIJAN HITAM



Ulian tangan sahaja:

270gm tepung gandum cap Ros*
30gm wholemeal*
40gm margarine
4gm garam halus*
160gm air*
20gm susu tepung*
1 sdt yis SAF*
40gm gula pasir*
5gm RFB atau pelembut roti*
2 sdb bijan hitam
.
Satukan kesemua bahan bertanda (*) dan uli selama 5 minit.
Kemudian masukkan margarine dan uli lagi selama 10 minit.
Akhir sekali masukkan bijan dan uli sebati.

Rehatkan adunan selama 20minit.

Kemudian bahagikan kepada 3 bahagian dan bentukkan ia,lepastu susun dalam loyang yang sudoh disapu sedikit margarine.

Perap selama 40minit atau sehingga roti naik 2 kali ganda.
Kemudian bakar selama 30minit pada suhu antara 180C atau mengikut kesesuaian oven masing.


**Selamat mencuba**

Catat Ulasan

0 Ulasan