Resepi Sotong Goreng Tom Yam Berkuah Ala Thai

Resepi Sotong Goreng Tom Yam Berkuah Ala Thai

Bahan-bahan:
1 kilo sotong saiz besar - dibersihkan dan dipotong gegelang lebih kurang 3 inci lebar.
2 - 3 helai daun limau purut
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar pes tom yam
1 sudu besar sos sotong
1 sudu besar sos tiram
1 batang serai - dititik
Beberapa biji cili padi - dititik
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dipotong gegelang
Kacang panjang - opsyen
Garam dan gula secukup rasa.
3 sudu besar minyak untuk menumis.
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak.
2. Selepas itu masukkan pes tom yam dan kacau rata, diikuti dengan sos sotong dan sos tiram. Tuangkan 1/2 cawan air untuk kuahnya. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Setelah cukup rasa, masukkan sotong, cili padi, dan daun limau purut. Kacau dan biarkan di atas dapur sehingga kuah mendidih dan sotong masak.
4. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong gegelang tadi. Kalau ada kacang panjang bolehlah dimasukkan juga.

Catat Ulasan

0 Ulasan