Resepi RISOLLES...Terkenal Di Indonesia

Resepi RISOLLES...Terkenal Di Indonesia

Ni resepi risolles. Makanan orang belanda ni. Bibik saya suka buat ni sedap sangat! Boleh guna kalau nak berniaga... Mana tau kan

Sediakan inti. 

- Bawang putih 1-2 ulas
- Ubi Kentang 2 biji
- Carrott 1 batang 
- Isi ayam ikut suka byk mana nak letak
- Lada sulah
- Garam

Tumis bawang putih bersama lada sulah . Bila naik bau masukkan kentang dadu dan lobak merah dipotong dadu dan juga potongan ayam. Masukkan garam dan masak sehingga kentang dan lobak lembut

Ini kulit risolle.
Campurkan tepung gandum 1/2 kg dengan 1 bj telor, 1/4 cawan susu cair dan sedikit garam, air secukupnya dan butter 2sdb.

Kepekatan seperti membuat roti jala. Dadarkan atas pan. Bila dah mcm dalam gambar boleh angkat.


Letakkan inti atas dadar tadi
dan digulung

Ni yang dah siap. Kemudian celupkan dalam telur yang dah dipukul kemudian golekkan dalam serbuk roti.

.
Selamat mencuba....  Sila SHARE ye. Jika ingin share, komen “SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.
.

TAG rakan anda sekali, boleh diorang masak untuk anda nanti 
.

Pemilik Resepi : Lina Hadi

Catat Ulasan

0 Ulasan