Cucur Badak...Kuih Tradisi Orang Melayu

Cucur Badak...Kuih Tradisi Orang Melayu

Bahan-bahan :
● 250 gram keledek 
● 3 setengah sudu makan tepung gandum 
● 1/2 sudu teh garam 
● Minyak masak untuk menggoreng 

Bahan inti :
● 1/2 biji kelapa parut 
● 100 gram udang kering 
● 3 biji bawang merah 
● 1 ulas bawang putih 
● 7 biji cili merah 
● 1cm halia 
● 1 sudu teh serbuk kunyit 
● 1 batang serai 
● 2 sudu makan gula 
● 2 sudu makan minyak masak 
● 1/2 sudu teh garam



Cara memasak :

1. Campurkan semua bahan inti, dan gaul dengan rata.

2. Untuk menyediakan doh, gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak.

3. Kemudian, tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik atau melekat.

4. Ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bulat. Isikan inti di tengah.

5. Panaskan minyak dan menggoreng sehingga masak kuning keemasan.

Catat Ulasan

0 Ulasan