Aiskrim Goreng. Sajian Petang Paling Mudah Nak Buat.:

Aiskrim Goreng. Sajian Waktu petang Yang Sempoi & Paling Mudah Nak Buat.:


Terasa nak makan aiskrim goreng? Kalau nak beli pun, susah jumpa gerai yang jual. 

Jadi apa kata anda cuba buat sendiri di rumah. Bahan-bahan sangat mudah malah lebih jimat.

 Boleh makan puas-puas! Jom cuba. Kalau tak habsi, boleh juga frozenkan dan nikmati bila-bila masa.

AISKRIM GORENG HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • Roti sandwic
  • Aiskrim – perisa ikut kegemaran masing-masing
CARA MEMASAK:

1. Ambil sekeping roti dan sudukan aiskrim secukupnya. Letak di tengah-tengah. Ambil sekeping lagi roti dan letakkan di atas aiskrim tadi.





2. Kemudian ambil cawan atau gelas dan tekap pada bahagian roti yang ada aiskrim tadi. Jika ada cookies cutter berbentuk bulat pun boleh juga guna.





3. Hasil roti yang telah ditekap. Jika ada lubang dekat tepi, tekan supaya roti tertutup kemas. Ia bagi mengelakkan aiskrim terkeluar sewaktu digoreng. 


4. Simpan aiskrm yang telah ditekap tadi di dalam peti sejuk beku paling minimun 1 jam. Lebih lama lagi bagus.

5. Untuk menggoreng, panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak dan tunggu hingga minyak betul-betul panas.


6. Masukkan aiskrim roti dan goreng hingga keperangan. Balikkan dengan pantas kerana roti cepat garing.


7. Angkat dan toskan minyak. Nikmati segera.

Kredit resipi & foto: Aisyah Azhar

Catat Ulasan

0 Ulasan