Cara-Cara Membakar Biskut Semperit Menggunakan Pemanggang Ajaib.

Nak buat biskut raya tetapi rumah tak ada ketuhar? 

Ha...Usah gusar. Pakai pemanggang ajaib pun anda masih boleh buat kuih raya. 
Jom cuba resipi perkongsian dari saudari Rosnaliza Ahmad Rosni ini.

BAHAN-BAHAN:
  • 560gm mentega
  • 280gm gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu kecil vanila
  • 200gm tepung jagung
  • 360gm tepung custard
  • 400gm tepung red rose
  • Sedikit pewarna kuning

CARA MEMASAK:

1. Pukul mentega, gula ising, kuning telur dan esen vanila. Pukul manja-manja je.
2. Masukkan tepung jagung, kastad dan red rose ke dalam kuali. Goreng tanpa minyak sehingga gebu.
3. Satukan adunan telur, tepung dan pewarna kuning. Ui hingga sebati.
4. Tekan doh menggunakan acuan semprit.
5. Alas pemanggan ajaib menggunakan aluminium foil.
6. Susun biksut dan tutup pemanggang.
7. Guna api yang paling kecil. Bakar hingga biskut masak.Waktu memasak bergantung pada biskut. Ada yang 20 minit, ada yang 10 minit.


kredit resipi & gambar: Rosnaliza Ahmad Rosni via MAHN

Catat Ulasan

2 Ulasan