Botok-Botok Ikan Makanan Asli Orang Johor

Botok-Botok Ikan Makanan Asli Orang Johor

Di kampong kami terkenal dengan masakan 'Botok-Botok'.....


Mejoriti penduduknya ialah kaum nelayan. Tidak hairan lah jika di sini terdapat ikan segar yang baru di jaring dari laut. 

Masakan di kampong ini kebiasaannya berasaskan ikan. Salah satu masakan yang terkenal di sini ialah 'Botok-Botok'. 

Untuk memudahkan kita membuat botok-botok disekeliling rumah kami di tanam dengan pelbagai sayuran untuk membuat Botok-Botok...

Kita kongsi bersama untuk membuat botok-botok...

Bahan-bahan ( 4 bungkus )

·                     4 keping ikan tenggiri - dibersihkan/ikan kembong pun boleh
·                     500 g rempah kari daging/ikan
·                     12 batang serai*
·                     1 ibu jari halia*
·                     1 ibu jari lengkuas*
·                     4 biji bawang besar*
·                     1 biji kelapa parut - dijadikan kerisik
·                     3 cawan santan pekat
·                     1/2 cawan air asam jawa pekat
·                     garam,gula,perasa secukup rasa
·                     4 helai daun kunyit - dihiris halus
·                     8 tangkai daun selasih
·                     8 tangkai pucuk daun teh
·                     8 helai pucuk mengkudu
·                     8 helai pucuk ubi
·                     12 helai daun belinjau
·                     12 helai daun berbuas
·                     8 helai pucuk semangkok
·                     secukup daun pisang untuk membungkus
Cara-cara
1.             Kisar bahan2 bertanda * dan campurkan bersama rempah,garam,gula, perasa,air asam,santan dan kerisik,gaul hingga rata.

2.             Pucuk2 hendaklah dibersihkan dan dibahagi 4 utk 4 keping ikan.

3.             Ambil sekeping daun pisang,bubuh 1/2 bahgian pucuk2 dr 1 bahagian,bubuh 1 keping ikan dan ditutup dgn 1/2 bhgian pucuk dan rempah.Bungkus daun pisang berisi ikan seperti membungkus tapai.Buat hingga habis.


4.             Kukus selama 1 jam atau hingga botok2 masak.

Catat Ulasan

0 Ulasan