Puasa Yang Tak Kesampaian

Sebenarnya kalau ikutkan hari ini adalah hari terakhir saya berpah puasa ganti,namun apakan daya bila bangun untuk sahur...dah bendera merah pulak yang datang.

Jadi untuk makan tengahari terpaksalah kena pikir balik...apa nak masak yer...

Jenguk dalam peti ais adalah 2 ekor ikan cencaru....haaa..jawabnya goreng berlada la...peberet anak2 dan suami.

Nampak pulak telur..adalah dalam 7 biji...tak apa...6 biji saya guna untuk masak lemak kuning....ok la tu


KETIKA di asrama dulu, ia dinamakan ikan jaket walaupun nama sebenar cencaru. Semuanya kerana kulitnya yang keras.

Selain dimasak taucu, ia juga sedap jika disumbat dengan sambal atau sambal kelapa dan pasti menyelerakan untuk berbuka nanti. Masakan ini juga dikenali sebagai ikan belah belakang.

Bagi yang bekerja, sambal boleh disediakan lebih awal, manakala ikan disiang dan disimpan dalam peti sejuk. Jadi tentu sekali mudah untuk menggoreng sebaik pulang kerja.

Ikan Cencaru Sumbat

Bahan:
3 ekor ikan cencaru - bersihkan dan belah belakang dan lumurkan garam dan kunyit

Inti:

2 biji cili merah - dibuang biji dan ditumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 labu bawang besar- tumbuk
2 sudu pati asam jawa
gula
belacan
garam 

Cara:
cili dan bawang perlu ditumbuk. Kemudian ditambah asam jawa, gula, belacan dan garam serta digaul sebati. Seterusnya barulah inti ini disumbat ke dalam perut ikan cencaru. Pastikan minyak panas dan goreng hingga garing. Sedia dihidangkan.

Masak Lemak Kuning Telur Ayam/itik


Bhn2
5 biji telur..rebus n kupas kulit
 santan dr 1 biji kelapa
2 batang serai.. ketuk
1 keping asam keping/gelugur
garam secukup rasa
sedikit gula/serbuk perasa..ikut suka

Bhn2 Blend
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup

Cara2
-masukkn bhn2 blend, santan  n serai dlm periuk n didihkn dgn api sederhana.. kacau
-masukkn garam,  asam keping..setelah mndidih masukkn telur.. biarkn seketika ats api perlahan.

Ok..siap untuk dihidang

Catat Ulasan

0 Ulasan