RESEPI SET GULAI DAGING, AYAM GORENG CINCANG DAN AIR LADA.KITA CUBA YE

RESEPI SET GULAI DAGING, AYAM GORENG CINCANG DAN AIR LADA.KITA CUBA YE
Bahan Gulai Daging:

1/kg daging tetel (daging dan lemak)
1 paket rempah gulai darat kelantan (kalau xde guna rempah kari daging biasa je)
1/2 kg santan
3 biji kentang
1 sb kerisek
sedikit gula melaka @ nisan
sedikit budu (sy guna dalam 2 sb)
sedikit air asam
garam secukup rasa
secukupnya air untuk merebus

DIKISAR :
1/4 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
1 inci halia
1 hiris lengkuas

Cara2:-
Satukan daging, bahan kisar dan juga rempah gulai di dalam periuk. Masukkan bersama satu sudu besi agar daging cepat empuk. Tambah air secukupnya.
Masak di atas api sederhana sehingga daging empuk.
Tambah air jika daging masih keras.
Kemudian masukkan santan dan juga kentang. Masak hingga kentang empuk.
Tambahkan kerisek, nisan dan juga budu.
Masak lagi hingga mendidih. Masukkan garam dan juga air asam jawa secukup rasa.
Setelah terbit minyak dan sebati rasanya
bolehlah diangkat dan boleh dihidangkan.

Bahan Ayam Goreng Cincang
1/2 ekor ayam di cincang
3 sb serbuk kari daging
1 sb serbuk cili
1 sb garam
3 sb tepung beras
1 bj bwg besar di hiris nipis
2 tangkai daun kari

Cara2:-
masuk semua bahan2 diatas dalam satu bekas.
gaul sebati dan perap selama setgh jam atau lebih.
goreng mnyak yg banyak dan betul2 panas. api yang sederhana sahaja...
bila bawang dah nampa garing2 tu... boleh la angkat dan toskan ayam tu.
siap untuk di hidangkan.
Bahan Air Lada
2 biji cili merah
5 biji cili api merah
1 sb gula pasir
2 sk garam
1 sb cuka makan
sedikit air masak jika perlu.
Cara2:
Cuci cili merah. Potong kecil.
Masukkan semua bahan ke dalam blender.
Untuk sukatan air masak, agak2 biar blender boleh digunakan untuk mengisar cili tadi tu.
Kisar seketika tetapi jangan terlalu hancur, just 2 - 3 kali press ajer.
Suaikan rasa.
Siap..
Kredit : Are peace

Catat Ulasan

0 Ulasan