Tart Comel Dari Kak Wan

Tart Comel Dari Kak Wan
Cerita semalam.....untuk hantaran,raya pun boleh...selebihnya untuk makan sendiri.....buat satu adunan jer.
Guna resepi dari blog kak wan kali ni
Tart Nenas
250 gm mentega
40 gm gula halus
1 sb susu pekat manis
1 biji kuning telur
1 sk esen vanila
370 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
Ayak kedua2 jenis tepung. Ketepikan.
Pukul mentega, gula dan susu hingga gebu. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi dan uli hingga tidak melekat ditangan.
Terap atau bentukkan ikut citarasa. Letak jem nenas yang telah dibulat2kan. Bakar pada suhu 160 celsius selama 15 - 20 minit.
*** sapu kuning jika suka samada sebelum dibakar atau selepas dibakar separuh masak. Perbezaan jika disapu sebelum dibakar, kuning telur akan menjadi sedikit keperangan (seperti didalam gambar biskut tanpa bunga merah) berbanding yang dibakar separuh masak dan disapu kuning telur dan dibakar semula (seperti didalam gambar biskut dalam bekas dengan bunga merah).
LIKE DAN SHARE
Kredit zulfaza

Catat Ulasan

0 Ulasan