Nak Lagi?? Kita Try Ayam Goreng Masak Tumis Pula

Nak Lagi?? Kita Try Ayam Goreng Masak Tumis Pula
Bahan A

1 mangkuk isi ayam (dipotong kecil)-anggaran 200 gm
1 sudu besar serbuk kunyit
1/4 sudu kecil garam halus
Minyak secukupnya untuk mengoreng

Bahan B
2 biji jagung muda (dihiris)
2 biji lada besar merah (dihiris)
2 batang kacang panjang/ kacang buncis (dihiris)
2 inci lobak (dipotong)
1 sudu besar serbuk kunyit
1/4 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil serbuk perasa
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 labu bwg putih (dipecahkan)
1 sudu kecil minyak untuk menumis

Cara-cara masakan resepi ayam goreng kunyit masakan Tumis ;
1. Gaulkan bahan A dan goreng hingga garing, kemudian toskan minyak.
2. Masukkan dan panaskan minyak di dalam kuali.
3. Kemudian masukkan dan tumis bawang besar serta bawang putih sehingga naik bau.
4. Masukkan semua jenis sayur-sayuran di dalam bahan B ke dalam kuali.
5. Masukkan garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit.
6. Apabila sayur sudah masak, sila masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
7. Gaulkan ayam telah digoreng bersama sayuran.
8. Siap untuk dihidang dan dimakan.

Catat Ulasan

0 Ulasan