Kelawar Marah Lemang Periuk Kera Jadi Pilihan Juadah Di Pagi Raya

Kelawar Marah Lemang Periuk Kera Jadi Pilihan Juadah Di Pagi Raya

SELAIN lemang buluh tradisional yang menjadi kegemaran ramai, Lemang Periuk Kera kini popular untuk dihidangkan di pagi raya.

Jadi apa di tunggu lagi, pastikan lebaran tahun ini untuk mencabar diri bagi menghasilkan Lemang Periuk Kera untuk menjamu keluarga dan tetamu.

Bahan-bahan:

50 biji periuk kera saiz kecil (dibuang mulutnya dan dibersihkan)

2 biji kelapa diparut dan diambil santannya anggaran 2 jug kecil (letak sedikit garam dalam santan)

1 kilogram beras pulut (direndam selama dua jam kemudian dibasuh sehingga bersih)

Cara-cara:

Masukkan beras pulut ke dalam periuk kera dan pastikan 1/2 daripada saiz periuk kera.

Kemudian masukkan santan 3/4 daripada periuk kera tersebut.

Akhir sekali, kukus selama satu jam dalam keadaan api yang perlahan.

Kredit: Facebook Roshima Ibrahim Shima

“Suka Lemang Periuk Kera? Tahukah Ia Sebenarnya Mangkuk Tandas Kelawar Dan Tupai?”


Tahun ini, penggunaan Periuk Kera, tumbuhan yang digunakan untuk menghasilkan sejenis lemang unik untuk sambutan Aidilfitri menjadi subjek tular di media sosial kerana ia dibangkitkan oleh seorang profesor emeritus dari sebuah universiti tempatan sebagai sebab Periuk Kera menjadi spesis terancam.

Namun satu lagi fakta yang ditulis oleh akaun Twitter @ZoologiMY ini mungkin menyebabkan anda berfikir dua tiga kali sebelum makan Lemang Periuk Kera. Apa tidaknya? Ia sebenarnya mangkuk tandas haiwan mamalia seperti kelawar dan tupai! Baca bebenang ini:

Disebabkan Aidilfitri bakal menjelang, kami ingin menyatakan bahawa Lemang Periuk Kera bukanlah satu pilihan yang bijak sebagai juadah musim perayaan.

Selain daripada ia spesis terancam dan penting untuk ekosistem kita, kami ingin beritahu anda satu lagi rahsia mengenai tumbuhan ini.

Periuk Kera atau spesis Nepenthes sudah diketahui mempunyai perhubungan yang berfaedah dengan beberapa jenis haiwan.

Satu kajian terbaru yang dibuat oleh para saintis di Universiti Brunei Darussalam (UBD) mendapati yang h kebanyakan spesis tumbuhan karnivor seperti ini dapat terus hidup kerana najis kelawar.

Kelawar Hardwicikle Wooly, atau Kerivoula Hardwickii seperti dalam gambar mendapat perlindungan dengan tidur dalam kelongsong Periuk Kera–dan tumbuhan itu, yang juga memerangkap serangga, mendapat nutrien penting dari najis kelawar.

Periuk kera yang dijadikan tempat berehat oleh kelawar mempunyai lebih gas nitrogen dari tumbuhan yang tidak dilawati kelawar. Malahan, najis kelawar menyumbang kepada sekurang-kurangnya 34 peratus keperluan nutrien Periuk Kera.

Juga, seperti dalam gambar ini, seekor tupai (Tupaia Montana) dilihat menjadikan Nepenthes mangkuk tandasnya.

Perhubungan mereka sebenarnya membawa faedah kepada satu sama lain, dan kita sebagai manusia tak patut mengambilnya menjadi milik kita. Periuk Kera berada dalam hutan kerana ia memberi faedah kepada ekosistem. Bukan hak kita untuk menjadikannya makanan istimewa.

Makan saja lemang yang biasa, boleh kan?

Penulis bernasib baik kerana tidak pernah makan Lemang Periuk Kera.

Jujurnya, lemang biasa yang dibakar dalam buluh sudah cukup sedap buat penulis. Adakah anda masih ingin makan Lemang Periuk Kera lagi?

– diterjemah untuk amazingnara.com



Catat Ulasan

0 Ulasan