Ayam kukus masak taucu pedas tanpa garam

Sebelum & Selepas
Ayam kukus masak taucu pedas tanpa garam
Kukus ayam tanpa campur air... Lepas kukus penuh juice ayam sahaja dalam dulang...

Masakan tradisi org teochew... Halal version kita guna ayam je kan senang...

Ok.. Sesiapa yg nk resipi kita akan post semula kat sini... Share dulu ya... Nk masak hidangan lain lg selepas ni sbb ada tetamu hari ini.... Nak menulis essay ni lambat sikit... Ok be right back

Resipinya
6 ketul bahagian paha dgn betis ayam, bersihkan dan potong kecil...
1 biji bawang holland dicincangkan
1 labu bawang putih dicincangkan
6 cili merah dicincangkan.. Nak pedas blh gunakkan cili api
1 sudu besar taucu tamin
1 sudu besar gula perang ganti gula putih
4 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk pati ayam
Sedikit lada sulah

(resipi ni xde guna garam sbb dah guna kicap cair)
Kalau yg nak masin boleh letak garam secukup rasa1 batang daun bawang hiris kecil dan masukkan bila ayam dah nk masak dlm 30mins dan kacaukan jap dan kukus balik 10mins

Gaulkan semuanya dan masukkan dalam mangkuk ke dulang ke dan kukus dlm 40mins... Dah siap boleh hidangkan...

Catat Ulasan

0 Ulasan