Tart Telur Kuali,Selain Mudah Menjadi Rupanya

Tart Telur Kuali,Selain Mudah Menjadi Rupanya
Suka makan tat telur tapi tak pernah cuba buat sendiri sebab tak ada ketuhar?
Ha…Mungkin lepas ni boleh cuba buat kerana ada resipi tat telur yang tak perlukan ketuhar pun. Masak guna kuali je. Memang mudah, cepat dan dijamin menjadi.  Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

TART TELUR KUALI MELTING

BAHAN A (KULIT TAT):
  • 2 cawan tepung agndum
  • 1/2 cawan marjerin
  • Secubit garam
  • 1 biji telur
CARA MEMBUAT:
  1. Gaul bahan-bahan diatas hingga rata dan uli hingga jadi doh.
  2. Bentukkan doh seperti kulit tat mengikut bentuk permukaan kuali. Bentuk biar agak berlekuk di bahagian tengah untuk tuang inti tat nanti.
  3. Bentukkan bahagian tepi tat menggunakan garpu.
  4. Ketepikan seketika. Bila dah isi inti tat baru bakar.
BAHAN B (INTI TAT):
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 3 biji kuning telur
  • 2-3 titik esen vanilla
  • Secubit garam
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • 4-5 sudu makan gula
  • Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan inti dan pukul sehingga tidak berketul. Boleh juga kisar guna blender.
2. Tuang adunan inti ke dalam doh tat tadi.
3. Masak atas dapur gas guna api kecil selama 30-40 minit.
4. Tutup permukaan kuali dengan tudung periuk.
5. Bila inti dah gelembung atau pejal, ia menandakan tat telah masak.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

INFO: Tip untuk senang keluarkan tat dari kuali ialah dengan memotong dahulu sekeping tat. Kemudian keluarkan tat yang selebihnya.


Kredit resipi: Raja Amanina

Catat Ulasan

0 Ulasan