Resepi Sate Ayam Untuk Anggaran 130 Cucuk

Resepi Sate Ayam Untuk Anggaran 130 Cucuk

Raya  semakin dekat
ramai yang mula mencari-cari resepi sate
Tahun ni apa kata kita cuba buat sendiri berpandukan pada resepi dibawah
Baru puas makan anak beranak



Bahan -Bahan

- 3 kg dada ayam dipotong dadu sedang2 jangan kecik sangat
- Lidi sate.. Rendam dalam 4jam atau lebih untuk elak lidi sate
terbakar semasa dibakar hehhehe
- 25 sudu gula pasir
- 2 sudu garam




Bahan disangai

2sudu jintan putih
3sudu jintan manis
8sudu ketumbar
Sangai bahan diatas didalam kuali jangan sampai hangus, agak-agak dah naik bau matikan api.

Bahan-Bahan kisar

4 ulas bawang kecik
8 ulas bawang putih
serai 3 batang
halia
kunyit hidup (kalau tak ada pakai kunyit serbuk)
lengkuas
bahan yang disangai
air secukupnya
Masukan semua bahan di pengisar ..kisar hingga halus



sediakan bekas letak dada ayam yang dah di potong masukan garam ,gula dan bahan yang telah dikisar.gaul sampai rata dan sebati. kemudian tutup dengan wrap dan masukan didalam peti sejuk bawah dalam 2 jam untuk rasanya sebati.

selepas 2 jam keluar dari peti ais dan mula la mencucuk .

1 lidi sate sis letak 3pcs dada ayam..lepas tu masukan dalam plastik simpan di peti ais atas sejuk beku untuk tahan lama .selesai cucuk lebihan perapan boleh campur dalam kuah kacang baru rasa sedap hehehehe

sis biasa buat 3 hari sebelum nak bakar.sebelum bakar keluarkan dulu dalam 3 jam

kalau malas nak bakar boleh jer goreng sedap jugak

selamat mencuba

Son Malaya DiNia

Catat Ulasan

0 Ulasan