Bahulu Berinti Nenas,Juadah Wajib Hariraya

Bahulu Berinti Nenas,Juadah Wajib Hariraya
Resepi: Bahulu Nenas

Anggaran 60biji
Masa membakar : 15minit
Suhu pembakaran: 180c

Bahan A (ayak)
240gm Tepung Gandum
1tsp Baking Powder

Bahan B
6biji Telur Gred A
220gm Gula Halus
1tsp Perisa Nenas
Bahan C
3tbsp Minyak Jagung

Bahan D
Jem Nenas - digentel sebesar Guli

Cara2
1. Ayak bahan A dan ketepikan.
2. Pukul bahan B hingga kembang dan gebu (putih - bila diangkat adunan akan turun lambat dan perlahan)
3. Masukkan bahan C dan pukul lagi selama 30 saat (masa ni adunan tadi akan mula mencair - laju jer jatuhnya)4. Masukkan tepung dan kacau sebati.
5. Panaskan oven 180c (bergantung pada oven masing2) masa ni saya masukkan sekali acuan bahulu. 6. Selepas 10minit oven dipanaskan, oleskan acuan dengan minyak dan bakar lagi selama 3minit
7. Sudukan adunan sepauh acuan.
8. Masukkan bebola nenas
9. Sudukan lagi adunan bagi menutup bebola nenas dan bakar selama 15minit (masak -keperangan)
10. Gunakan lidi satey untuk keluarkan kuih bahulu dari acuan. Dan sejukkan.









Sedap dimakan bersama Kopi O pekat... bawah pokok sambil menghadap highway.. coz rumah sebelah highway hahaha
Jangan lupa tinggalkan komen "saya share" yer...
Doakan saya agar sihat dan dipermudahkan rezeki selalu"
kredit resepi:Fauzi Poji

Catat Ulasan

0 Ulasan