RESEPI TAPAI PULUT WARISAN MELAYU ASLI

 RESEPI TAPAI PULUT WARISAN  MELAYU ASLI
BAHAN-BAHAN :-

● 1 kg beras pulut
● 1 biji ragi manis (dijemur)
● Daun pisang secukupnya


CARA-CARANYA :-

Cuci beras pulut bersih-bersih kemudian ditanak sehingga masak. Setelah itu, angkat dan sejukkan di dalam sebuah talam yang bersih dan kering.

Hancurkan ragi sehingga halus. Kemudian taburkan pada pulut tadi. Sarungkan tangan anda dengan plastik bersih. Kemudian balik-balikkan pulut dan gaul sehingga rata.

Sediakan sebuah pasu tanah kecil/bekas yg sesuai. Alas dalam pasu/bekas dengan daun pisang yang bersih. 

Setelah itu, masukkan pulut tadi dengan sehelai daun pisang. Tutup pasu/bekas dengan penutupnya, kemudian balutkan dengan kain kemas-kemas. Tapai pulut ini boleh dimakan selepas tiga hari.

Catat Ulasan

0 Ulasan