Sambal Daging Bangladesh...Harum semerbak satu apartment.

Sambal Daging Bangladesh...Harum semerbak satu apartment.
Belajar masak ni dengan orang bangladesh sebelah rumah. Setiap kali dia memasak harum semerbak satu apartment. aku buat tak malu pergi tanya dah menuntut ilmu
Bahan simple sangat nak masak pun mudah. Tapi rasa dia sedap sekali.
Dia ajar masak ayam, saya tukar ke daging. sebab ada daging korban dalam peti ais tak habis-habis,


Bahan-bahan
Ayam suku bahagian/daging 300 gram
Bahan blend
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 3-4 ulas
Cili api sikit (dia pakai segengam, saya pakai sikit je)
(Di blend dengan sedikit air sahaja)
Rempah (sudu kecil - actually agak agak je)
1 sudu Serbuk cumin/jintan putih
1/2 sudu serbuk kari
1/2 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu serbuk cili (optional)
Minyak
Cara-cara
- panaskan minyak
- masukkan ayam dengan sikit je rempah di atas dan goreng.. masuk sedikit dulu supaya tidak hangus dan untuk bagi rasa. Goreng ayam sampai masak.
- masukkan bawang, cili, bawang putih blend dan masukkan rempah2 yang selebihnya. masukkan juga kulit kayu manis. buah pelaga tu saya pandai pandai add.
- Perisakan dengan garam sedikit.
Masak sampai kering dan perisakan dengan garam semula jika perlu.
Cuba lah.. simple tapi sedap. Rasa asas dia adalah serbuk jintan putih (cumin) tu. Very aromatic. Rupa macam rendang berkuah sedikit,
note: kena sentiasa kacau supaya tidak hangus.
credit : Dzeng Yusof‎ 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. tak perlu guna santan siap dh rendang..lg kalu pakai pressure cooker sedap mkn tgh panas

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang memasak lebih canggih,sekejap je rendang dah masak,x payah tunggu berjam-jam lamanya

      Padam